Thursday, October 29, 2009

Susu Oh Susu

Last week, mama try nak tukar susu Farah dari Novalac IT ke Sustagen coz Farah Hadirah kurang mkn nasi dah makanan berkhasiat bila balik umh...nengok iklan Sustagen tu merangkumi pyramid makanan so berkhasiat la gak..mama nak cuba yg vanila punya...alih2 farah hadirah x nak minum...takpe..biasa dia memang susah nak minum susu baru coz dah 2 thn dia minum novalac IT. Susu Novalac IT memang susah nak dpt kat pasaraya memang x ada . Di jual di Farmasi2 dan Gurdian sahaja. Harga heheh..mahal gak le..susu nie khas utk budak yg mengalami masalah sembelit..so farah hadirah x boleh minum susu sebarangan coz nanti dia berak keras...sian die...ingat dah 2 thn mungkin dia dh boleh berak biasa, sebab tu mama ngan ayah nak try susu sustagen coz farah hadirah dh semakin skinny..mama je makin debab ..huhuhu....mlm tu dia tidur nak susu terus mama bg susu sustagen..habis sebotol 4 ounz. Farah memang minum 4 Ounz sekali minum x pernah lebih...sekali lepas 2 jam ..tetiba dia muntah..panik mama ngan ayah ..x pernah plak mcm nie...naik risau mama ngan ayah...abis la tilam bau muntah die...Ya Allah tuhan je tau...BETAPA PANIK NYE KAMI laki bini nengok anak asyik muntah sampai naik lembik die...so mama pun nak ajak ayah gie klinik time2 tu gak...ayah cakap x pe nengok till morning x ok terus gie hospital je...sampai pagi ok.tapi dpt msg dr ibu farah(pengasuh anak) yg farah muntah2 dan cirit-birit busuk sgt. memang x pernah dia mcm tu..balik je keja terus bwk gie klinik . dr cakap x ada apa2...farah hadirah minum susu lama lagi kat umh ibu die..kuat betul pengangan susu sustagen nie...sampai naik colaps si farah nie...ayah risau farah hadirah dah naik takut nak minum susu...minum air masak je..makan apa pun x nak...chocolate x nak, bread x nak, semua2 dia x nak...selalu itu yg dia suka mkn...mama call ayah time tu sabtu dh..belikan susu soya ke..takut dia alah susu lembu..so ayah balik tengahari makan bwkkan susu isomil...dia x nak minum coz x sedap kot. mama baru tau susu tu memang x sedap coz pun cakap susu isomil tu memang x sedap berbanding susu lain. patutlah farah hadirah reject. mama tunggu dia betul2 lapar baru bg...dia minum gak le walaupun susu bangat nak habiskan walaupun hanya 2 ounz...minta advice dr..dr suruh cuba susu PEDIASURE.. elok utk anak2 yg kurang selera makan dan aktif. mama ngan ayah x cari lagi nie..coz kat umh farah still minum susu lama semula dah x muntah..susu baru x jalan..tp kat umh ibu die minum plak...mcm2 tul si farah hadirah...nie baru anak sorang..org lain relax je anak 3 , 4 orang...huhuhu...agaknya sebab anak sorang la byk peel mcm nie...takpe...sabar...itulah resam jd mak bapak...life is so beautiful...when we got chances to get through all the experiences being a parent...althought it's not easy as we think..but berbaloi2 bak kata scha al yahya(awan dania a.k.a ex-fahrin).
Ini susu yg farah hadirah minum since baby..Novalac IT..ini susu khas utk kanak2 yg alami masalah buang air besar ...tin paling besar 900g RM50.80. Farah tahan 2 minggu minum 1 tin. tp kat umah..umh ibu dia pun 2 minggu setin..so kena spent around 2 tin la utk 2 weeks.sebulan 4 tin..

Oleh kerana susu Novalac IT nis susah nak cari kat pasaraya mama nk try susu yang byk di pasaran..try ambik sample susu nie kat tesco...farah x nak..so x jd le nak ambik coz susu nie agak mahal juga harganya...dulu pernah minum snow ...x tahan panas cirit-birit then tukar ke dumex dugro plak, farah minum tp berak x lawas..keras, tukar ke lactogen..x mau gak..berak keras..so minta advice klinik jothi (klinik yg tempat check-up mama pregnant dan cucuk farah hadirah bulan kat bandar puteri) dia cakap kalau gie klinik pakar kanak2 pun dr suggest try susu novalac it nie elok utk budak2 yg berak keras...alhamdullilah farah berak dah ok...bukan senang nak cari susu yg rasi utk anak2 nie...kalau ada rezeki adik farah nanti mama nak bg full breastfeed la..

Mama cuba susu nie coz farah hadirah x de selera makan nasi, lauk dan sayur-sayur. Tapi susu ini telah menyebabkan anak mama muntah2 dan cirit birit. so kena bg kat maklong la kasi kak long, akim dan uzma minum.

Ini susu soya yg dr cakap rasenya x berapa sedap sgt...mahal gak ooo..kecik nie RM27++.ISKH2 anak mama nie maintainance tinggi betul.takpelah...janji be a good gurl .ok.

Farah Hadirah teman Mama Kat Opis

Nie story last 2 weeks, baru sempat nak update. mama quite busy lately...semua kejar date line keje...gomen pun mesti ada date line..alhamdullilah this week lapang skit..next week start new work plak...kui kui...work until the end tak pernah habis..x gitu...Nasib le ayah baik hati nak teman wat keje...tapi x leh lama2 hadirah dah pandai ngamuk2...jenuh la mama2 kena laju2 wat keje sampai abis...kalau ayah x teman..takut la mama nak dok opis sorang2..semua org dah balik...nak tak nak "paksa rela" ayah teman...thanx ayah..cayang abg sgt2...huhuhu...here few pictures time farah hadirah teman mama wat keje..semua pictures di bawah masa dia under control..time dah "out of control" mama x sempat nak capture dah...layanz....


masa nie sopan lagi...angin masih elok boleh duduk2 atas kerusi je..

Uit dah start turun dr kerusi dan naik meja mama plak..Farah Hadirah : "mama nie asyik ngadap komputer je, cuba nengok hadirah plak ".

Musim Haji Kembali

Musim Haji kunjung tiba lagi...kali ini MFIL dapat gie Haji...huhuhu..gembira sungguh nengok diorg dpt pergi haji lagi lepas FIL pencen thn lepas.MFIL berangkat dari sini pada 3.00 pagi 21 hb Oktober 2009 dari kompleks tabung haji. so kami kaum keramat menghantar kat tabung haji kelana jaya la..bertolak dari umh Bagan Datok, Perak lepas Asar...sampai kelana Jaya dalam kul 11 mlm heheh..bawak kereta penuh sopan santun coz x lalau nak nuggu kat Kelana jaya lama2 yoleh nak tunggu sehingga kul 3.00 pagi la katakan....kami adik beradik 2 kereta konvoi SIL bwk FIL , my hubby bwk MIL . nanti senang nak masuk x yah parking jauh2...nak ngankut beg2 le anak2 SIL ..heheheh kn kecik2 lagi ...mama jantung hati sorang nie pun x lalu nak bertapak jauh2 ...jenuh nak mendukung....farah hadirah nie satu "peel" skit, kalau nampak org ramai2 nak dokong...x ke pengsan ...sampai kelana jaya kami stop kat Pizza Hut ..my MIL nak belanja sebelum berangkat ke tanah suci..nie yg cayang nie..heheh.. my MFIL memang murah hati..apa yg diorg ada skit pun mesti dia kongsi ngan anak menantu....sampai kelana jaya...nak masuk tunjuk surat..heheh kn ada bwk sorang jemaah haji so lepas la...drop beg ...pakcik2 dan saudara mara dah ramai yg tunggu..so senang le dah ade ramai tolong my MFIL angkat beg. kami jinjit anak2 je...time tu hujan renyai2 plak...mak ai..ramai nye org baru kul 11.00 mlm time tu...here below few pictures during the day ...layanzzzzzzzz


Penuhnya orang...hehehe..tapi seronok semua family hubby ade cuma Emi je takde...kat Johor sian die...huhuhu x dpt hantar mak kat kelana jaya coz nak exam tp sempat jumpa mak before gie...

ha...anak2 semua dah bertempiaran sleeping beauty..nasib x ngamuk..semua tidur nyeyak di bawah khemah...sejuk..ujan..farah hadirah je pecah rekod x tido sampai kul 3.00 pagi...elok masuk keta je terus lelap tanpa byk ragam...nak nengok atok ngan nenek ye...

my MIL AND FIL ...abah siap sampin gitu..mcm pengantin baru ...hehe..anak dara aku nie sempoi hantar atok ngan nenek naik haji makan jeans steng, t-shirt + sweeter...hahaha kak long ngan akim(anak SIL) siap berjubah...hehehe..nengok le mama ngan ayah nye pun rugged...hahaha (ms muda2 dulu la)(dah kahwin dh control dah bab pakaian nie)heheheh

Sunday, October 25, 2009

Farah Hadirah 2nd Birthday

25.10.2009, last sunday our pricess nya birthday...cukup dh 2 tahun anak mama nie...Semoga Farah Hadirah menjadi anak yg solehah, cerdik, beriman, rajin belajor dan berbakti pd mama & ayah bila dah besor nanti..we alwiz love u syg...semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu sayang...amin.

Friday, October 23, 2009

TIPS MENANGANI ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah.
Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.
Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.
Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Wednesday, October 7, 2009

Rumah Terbuka Suk Selangor

Isnin Lalu Suk ada buat umah terbuka..apa lg makan free mesti laju je pergi bila org jemput.ada lemang, sate, laksa, cendol, ais cream, kenyang le mkn tengahari di sponsor oleh SUK Selangor.Layanz...
Gambar nie je sempat ambik.yg lain semua dh masuk mulut.heheheheh

Kenduri Arwah Umah Nenek Mama

Date: 21/9/2009( Malam Raya Kedua)
Venue : Kg. Dew, Taiping, Perak. ( Umah nenek Mama)

Raya kedua kami sekeluarga terus balik umh nenek mama kat taiping x balik umh mak mama(Opah Farah Hadirah) kat Ipoh.Memang kebiasaan kami beraya umh nenek jarang2 raya kat ipoh dulu...semua sedara mara ada kat taiping cuma mak ngan abah je kat ipoh...mlm raya kedua nenek wat kenduri arwah utk arwah tokwan...si Farah Hadirah mcm puteri la ..coz dia the only one budak paling kecik...cousin mama pun byk gak yg kecik2 tapi pangkat "makcik" dan "pakcik" le pd hadirah...byk gak menu mlm tu...hehehe...dh x ingat..ade masak nasi minyak, ayam masak merah, dalca, gulai daging, masak keladi, ikan masin, pekasam ..dll.
Bahagian Bufet kat sebelah bawah untuk tetamu perempuan( lelaki kat atas) umh kg kan ada 2 tingkat.
hadirah dikerumuni oleh "makcik"2 nye..heheh cousin mama la...
ha...ni plak mama snap gambar farah ngan "Paksu Najmi"(Adik Bongsu Mama) Dan "Paksu Iqwan"(Cousin Mama-anak bongsu mak jang mama) . Nak story skit psl gambo nie...anak mama yg sorang nie..hanya suka berkawan dengan adeq wan nie je..ngan org lain dia x nak..yg mama x tahan nie makan siap mengadap muka org tu...sian mama nengok adeq wan tu...heheheh x psl2 kena layan si hadirah...ke mana je dia pergi mesti hadirah nie ngikut...hahahah..semua org mengusik deq wan ...malu le dia...kuang kuang..budak2 mane tau apa?org gelak hadirah pun gelak gak..tapi x tau org dok gelak nengok gelagat die dok menyendeng paksu Iqwan...

* Baju kurung yg hadirah pakai tue Ibu (pengasuh) yg bagi...ayu je anak mama nie bila pakai baju kurung...