Monday, January 16, 2012

Trimester Ketiga : 28 Minggu - 31 Minggu

Perkembangan Fetus Hamil 28 Minggu


Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini.

Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.

Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini. 

Perkembangan Fetus Hamil 29 Minggu
Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.  

Perkembangan Fetus Hamil 30 Minggu
Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 

Perkembangan Fetus Hamil 31 Minggu
Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki.
Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran.

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan.

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

Bleeding lagi...

Masuk nie dah 4 kali dah mama bleeding ..mama dh buat pemeriksaan lanjut di spital dan alhamdullilah dr bgtau ..cuba faktor luaran sahaja yg sensitif. rahim ok..kedudukan baby tinggi...rahim pun tebal dr cakap..lambat lagi nak bersalin..semua ok..so bleeding memang bukan disebabkan oleh kandungan dan boleh effect kat baby..so legalah mama dengar..anak mama nie sensitif sgt. so mama kene lah minta en hubby uruskan hal2 umh hujung minggu seperti mengemas, menyapu, mop lantai..sidai kain dan basuh baju...mama tolong lipat dan seterika baju ...huhuhu...kali nie pregnancy so sensitif so kene la hati2 more...

Tuesday, January 10, 2012

Tadika Little Caliphs

On 5th januari 2012 baru la start tadika . Mama ngan en hubby cuti coz nak tengok farah hadirah naik van ke daycare..kami hantar dia kat bawah je..teacher2 yg handle  budak2 nie..x tau la mcm mane agaknya diorg kat atas tu...kat bawah diorg ade provide khemah kecik utk parents duduk...huhuhu...baru sekolah tadika mak ayah yg cuak belum masuk darjah satu lagi nie...hehehehe...so kami tunggu kejap..terus gie makan pagi dan terus balik umh dulu ..tengahari baru dtg balik utk tengok mcm mane teacher2 nie handle budak2 naik van...rupenya teacher dia gak yg bawa van tu...huhuhu..teacher tu semua pompuan tau..heheheh..balik first day farah hadirah suka sgt coz dia belajar warna...mcm biasa la dia warna skit2 je..x penuh pun ...baru2 kot. beli buku warna pun mama ngan ayah yg dia suruh color...sabor jelah . nie dh sekolah hope boleh la belajar mcm2 ..kat umh bila ajar x nak ikut sgt pun..dia lagi pandai..anak2 zaman cyber kot...First day x pakai tudung coz tudung yg di order x dpt lagi...second day pakai tudung sendiri coz si farah hadirah beria-ia sgt nak pakai..last2 tertinggal kat daycare...huhuhu angin la en hubby...huhuhu nasib la esoknya jumpa balik kat day care...budak2 besar tu mane pandai nk syg barang ...kene bgtau satu2 ..balik kene check brg satu2 takut tertinggal...baju dpt sepasang je...lagi sepasang stok x sampai lagi so kene la mencuci hari2 nasib la cepat kering.

Daycare

On 3  januari 2012 till 4 Januari 2012 , Farah dah dihantar ke Daycare. since baby dia x pernah gie nursery ..Tahun nie mama n en hubby decide nak try hantar daycare coz tadika tu provide daycare sekali so senang...first farah hadirah kena bangun pagi dan terus kena mandi...training awal2 coz 5 januari dia dh school. hari pertama mcm x berapa nk suka sgt ...coz ade kawan x kongsi mainan dgn dia ...erm takkan nk bagi dia bawa mainan kan..nanti berebut plak...umh teacher tak ade mainan katanya...first day , lagipun dia x biasa lagi kan..so kene pujuk2 dia dulu..second day kat day care dh ok skit ...maybe dh ade kawan..dia byk kali tanya bila nk gie school..dia nak menulis..semangat sungguh anak dara mama nie yer...semoga jadi anak yg solehan dan bijak yer sayang..amin...


Ombak Rindu di Astro First

Akhirnya mama dpt tengok juga cerita filem ombak rindu nie di astro first ..erm ok la..tapi x leh lawan cerita novel coz byk yg x ada kan..filem kan pendek...kene wat drama baru layan...huhuhu..en hubby pun kene tengok coz mama asyik layan filem nie je...

Aktiviti Kelab : Melawat Staff Bersalin

Tak silap mama on 8 Disember 2011 kot kami gie umh member mama yg baru je balik dr berpantang dari kelantan . Dia dok area shah alam , so seperti biasa aktiviti kelab akan buat lawatan utk staff yg baru mendapat ahli baru..congrates to maria dah dpt sepasang baby gurl...baby pun tomei tomei...

Warded-Bleeding Second Time

Pagi Jumaat pada 9 Disember 2011 mama gie kerja as usually kat opis..kali nie darah merah tapi skit je..apa lagi mama terus call en hubby bgtau dah dia terus ambik dr klinik..mama isi borang keluar je..tunggu klinik nak bukak..dr kat klinik check condition baby ok, cuma katanya uri ke bawah skit..so dia suruh gie hospital utk check lebih lanjut ..jam menunjukan pukul 9.30 pagi masa tu..en hubby terus gie Salam Medical Center , hospital panel bersalin company dia..ikutkan next month baru boleh checkup kat situ dah emergengy hr dia kata takpe..sampai2..dr pakar sakit puan plak x ada. yg sorang tu bercuti yg lagi org emergency leave ..jumpa dr yg on duty pagi tu...bgtau dr tu bleeding warna merah ...dia bgtau better cari hospital lain pada hari yg sama utk pemeriksaan lanjut.Dalam pukul 10.00 sampai KPJ. urusan en hubby nak jumpa dr shahbahiyah x silap pakar sakit puan yg bertugas pada pagi tersebut takes 2 hours..mai ai...hospital private pun kene tunggu lama cam gini..so many people lor...ramai sungguh org dptkan perkhidmatan di kpj nie...dh mcm hospital kerajaan..byk sungguh duit diorg yer...mama nie pun coz en hubby nyer company cover...kalau tak gie hospital kerjaan gak kot....huhuhu...kul 12.00 tengahari jumpa dr..dr check laluan x bukak lagi..darah dh x ada..maybe infection katanya..coz ade tanda merah ...so kene warded sehari utk dia pantau...if x bleeding dia bagi discharge...dah le nak balik ipoh mlm tu coz adik mama ade kenduri bertandang terpaksa la x pergi..sian die...urusan nak masuk wad pun lambat so dia bagi blk dulu ambik baju dan gie makan..laparnya la..kami tapu je dr cafeteria spital tu bwk balik ..nasib umh dekat je...farah still kat umh ibunya..so senang la en hubby sorang je nak ke hulu ke hilir..dalam pukul 3.00 petang baru mama masuk wad..nurse  bagi baju dan makan ptg ...lepas je mkn ptg mama kene cirit birit plak...salah mkn kot..pagi td perut kosong tengahari makan pedas tu yg cirit-birit...huwa ..asyik ulang alik ke toilet je..nasib la toilet dlm bilik...tq to company en hubby bagi previllege pd en hubby. gaji en hubby dok le besor ...tapi sakit dia cover anak bini tu yg legoooooooooooo...nurse bagi makan antibiotik + ambik air kecing. lepas mkn mlm ..cirit birit lagi..pas mkn mlm terus tidor ..en hubby x sampai2 lagi..call2 tertidur katanya penat sgt ..so terus dia gie ambik farah hadirah ..dekat je umh ibu dia ngan kpj nie..so farah hadirah pun layan nengok tv . pastu nurse bagi injection utk kuatkan paru2 baby..sakitnya tuhan je yg tahu...terasa sungguh kesakitannya...sabar ye mama...just to make sure for baby sake...dlm kul 10.00 mlm nurse dtg check keadaan baby, moving ke tidak + ambik suhu baby dan tekanan darah. kul 11.00 nurse masukkan ubat utk avoid infection ..nasib la dpt bilik sorang so boleh lah anak dan en hubby teman bermlm di hospital hari ini..pagi esok sbuh2 dlm pukul 5.00 pagi nurse dh check jantung baby...bacaan x berapa jelas katanya but ok maybe dia tecik lagi...farah dok nyenyak tidor...lepas tu mama diberi satu lagi injection utk matangkan paru2 baby...sakit nye la..so tukar another side plak coz yg sebelah lagi tu pun still rase sakit...dulu masa pregnant hadirah pun kene warded gak coz mabuk..nie second baby bleeding ..dugaan buat mama agaknya pregnant je kene warded.

Tuesday, January 3, 2012

Mak De Kahwin

Tanggal 1/12/2012 , hari bersejarah buat adik perempuan mama yg no. 3 iaitu makde Farah Hadirah bernikah dengan pilihan hatinya...Kami sekeluarga mendoakan agar makde kekal abadie hingga akhir hayat...Tinggal la 2 org adik lelaki je yg x kahwin. Pakcik WAN dan Paksu Najmi Farah Hadirah. Mama 5 beradik.Mama yg sulung, no 2 Pak Ngah Adin dah Kahwin, Makde No.3 pun dah kahwin .
Aksi posing selepas akad nikah selesai.

Keesokan break sekejap utk persiapan majlis kenduri pada 3 Disember 2011. Buat kat dewan kampung coz abah nak promodi dewan tu utk disewa maklumlah tok ketua...hehehehe.Farah pun kalau kahwin je mesti kat dewan...
kenduri mak mama selalu wat sederhana je..semua wat sendiri, dari memasak-gotong royong adik beradik dan org kampung ...mak awal2 dah buat dalca. mak wat kuah laksa...mane la x demam opah tu...mcm2 dia nak wat...hiasan pelamin nikah by mak,abah,and anak beranak , khemah by mak abah n anak beranak + tokei pakcik wan la..siap wat skirting ..cayalah..meja makan pengantin + backdrop = adik beradik (mama, ayah farah, pakngah adin, pakcik wan) ..mane la x pengsan ..photography ny prime click photography (mama n ayah farah hadirah lor...) we all bagi pakej yg berpatutan tau...

Nie sesi outing di stesyen keretapi...

bertambah le ahli baru dalam family kami...semoga boleh tahan la dengan perangai kami yg gila2 remaja nie...
and lastly gambar anak dara mama yg vogue the vase...