Monday, July 30, 2012

Berbuka Di Luar

Sabtu lepas kami berkesempatan berbuka di luar, iaitu Mid Valley coz nk ke Expo Parents . Semua tempat byk yg penuh so ade pun kat Subway . So belasah jelah janji HALAL.
 First time makan subway nie, erm komen kami laki bini tidak memenuhi selera kami sgt ...hahahaah..tengoklah farisya hana, wajib tidur sekejap ..alhamdullilah la. memang dia tidur kejap waktu berbuka atau selepas berbuka. Kalau tidak berkepit je ngan mama menyusu..heheheh

Berbuka Bersama OfficeMate

Pada Jumaat lepas, 27 Julai 2012. Pejabat mama ada wat gathering berbuka bg opismate kat luar opis area shah alam. Kami buat kat Dewan Orkid, Wisma PKPS. Depan Hotel Bluewave . Dewasa RM 45. Kanak2 kami dapat PERCUMA.. huhu x ramai yg dapat join, tapi tempat sesuai utk bawa anak2 dan baby ..boleh diorg bermain tanpa kacau parents yg sedang menikmati berbuka puasa..heheheh

 Nie gelagat Farisya Hana ..huhuhu sempat lelap jap so boleh lah mama makan jap . Dia pun x meragam sgt . Beraksi dengan Bunga yang mekar di atas kepala. Kasut pakai tapi asyik tercabut je..so tinggal socks ..



Nielah kesayangan mama..yg turut join aktivity yearly opis...x pernah miss lagi since 4 tahun yg lepas...very supportive family ... last2 tercabut gak headband bunga farisya ..huhuhu..x mau dok stroller dh ..mau dukung ...ayah sila dukung caye nie...mama x sempat nak snap gambar mama pun coz dok sibuk melayan baby ...mcm nie kalau ade anak tecik kan...so sweet ...mcm dpt farah dulu je...TERUJAnya...penat tuhan je yg tahu ...tp sungguh indah hidup kita nie jika ada anak2.

Ceramah Ustaz Don

Pada Jumaat lepas, Ustaz Don telah dijemput utk datang ke Selangor sempena Wakaf Selangor..punyalah ramai , penuh dewan . Perhimpunan Bulanan SUK pun x penuh mcm nie, alhamdullilah, sempena bulan ramadhan ramai dh yg suka dengar ceramah...punyalah bergaya smart kasual ustaz nie. Moden cara dia berketrampilan...


Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 2012

Alhamdullilah, sedar x sedar dh 6 hari kita berpuasa. Semoga puasa tahun ini diterima ALLAH dan membawa seribu rahmat utk mama sekeluarga. Tahun ini, bulan puasa mama sempat memasak berbuka pada hari pertama dan kedua iaitu hari minggu. Hari bekerja beli je kat Bazar Ramadhan. Tahun nie x dpt nak berterawih mcm last year kat masjid negeri coz dah ade baby payah skit . Nanti farisya hana dh besar skit boleh la bawa. Farah Hadirah pun 4 tahun baru ajar ke masjid sembahyang berjemaah . Dari kecik lagi bagus, cuma parents la kene latih anak2 adab dlm masjid dan jaga najis diorg nie...Lagipun dua2 gurl anak mama, so mama la kene jaga . Kalau boy boleh pas kat en hubby ...huhuhu...

Monday, July 9, 2012

Anakku Pintar

Menurut Fadzilah Kamsah
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara
kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu
menanam tekad membentuk masa depan anak”

Fadzilah Kamsah – Pakar motivasiMari kita cuba aplikasikan petua2 dan tips2 berikut.




Petua atau tip untuk ibu bapa

* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah
al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu
al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat
al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.


* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan
dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.


* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan
kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk
membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.


* Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

  1. Sebelum anak tidur.
  2. Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
  3. Selepas anak bangun tidur.
  4. Selepas anak mandi.
  5. Selepas anak solat.
  6. Selepas anak membaca al-Quran.
  7. Selepas anak berdoa.
  8. Selepas anak beriadah.
  9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
  • Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
  • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau
    wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
  • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki
    ‘Arasy yang agung.”


Ibu bapa digalakkan untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan
lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.


5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Amalkan pemakanan ilmuwan Islam

1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2. Kismis –
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3. Susu segar -
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4. Telur –
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. Halia -
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6. Buah Delima –
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 4

Petua Lembutkan Hati Anak





Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak yg sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak sedang tidur nyenyak.

Atau

Baca doa ini 3 x dan dihembuskan ke sebotol air minuman. Beri air tersebut untuk anak minum atau masuk dalam bancuhan susu anak.

InsyaAllah...
 
Dipetik dr blog http://sereniety.blogspot.com/2012/03/petua-lembutkan-hati-anak.html

Doa & Zikir Amalan Perbanyakkan Susu Ibu

Doa & zikir untuk menambahkan susu:

1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

2. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin

3. Surah Al-Baqarah ayat 60.


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin


4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

6. Surah Yasin ayat 72-73

7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Lagi banyak kita berdoa, lagi Allah suka mendengarnya.
Allah suka pada hamba-NYA yang merayu2.
Mintalah dgn Allah, sbb hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
Insyallah :) 



dipetik dari :- http://sereniety.blogspot.com/2011/08/doa-zikir-amalan-perbanyakkan-susu-ibu.html

SportDay Farah Hadirah : 7/7/2012


Pada sabtu lepas, school Farah Hadirah ada wat sport day  yg bertema " Keluarga Bahagia, Anak Cemerlang". Mama dan ayah diwajibkan join coz ini aktiviti anak2 bersama parents..mane yg parents x ada terpaksa la pinjam mama and ayah org lain..just suka2 activity...farah pun enjoy..farah nie pasif kat school. senyap je...kontra kat umh very talkative, hyper, and energetic . kat school sopan je ...huhuhu..farisya pun so behave,...very good gurl adik ...diam je...mengantuk dia titon..lapor ..nyot nyot menyusu...






Nostalgia Primary School : Sek Men Teknik Persiaran Brash Ipoh

tada...heheh masa kat sekolah nie rase slim lg..tapi nie pun dh kira demok dah nie.. erm gambar yg kat atas tu masa mama ngan en hubby gie camping sesama ...huhuhu cuba teka yg mana mama , yg mana en hubby...esok lusa bila anak2 dh besar boleh la dibelek semula album gambar nie...okies..mama and ayah gambar duduk ok. mama duduk 4 dari kiri ..en hubby ...5 dari kiri...
picture 2 : gambar mama masa jadi pegawas koperasi ..huhuhu. level tengah berdiri 4 dari kiri.
nie plak gambar classmate mama...class mama nie, semua pompuan except 4 je lelaki..maklumlah class commerce kan..huhu

Sunday, July 8, 2012

CARA CAIRKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

1.  Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.
2.  Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU….
3. … lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip.
4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam.

AMARAN KERAS !!!
  • JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
  • JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
  • JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
  • Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos… kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
  • Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir.
TIPS
  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
  • Hold your baby when feeding EBM
  • Jadikan feedings an enjoyable time for you and your baby. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
  • Sesudah minum, BURP kan baby anda.
INFO… INFO…!
Chilled EBM (Susu yg dah perah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan terbahagi kepada 2 lapisan… atas dia bhgn lemak, bwh dia air.. this is perfectly normal, jangan pulak korang ingat susu tu basi and buang plak. Wat u need to do, is masa panaskan susu tu, GENTLY SWIRL the bottle to mix the lapisan.

Dipetik dari : http://dazzlingmoms.com

Thursday, July 5, 2012

Mr Steak House Seksyen 13, Shah Alam

Last week , drop kat one baby world  kat sesyen 13 nk cari toy farisya hana . Terus cuba steak kat sini..erm komen mama beef steak dia x berapa sgt, daging tebal jenuh nak kunyah , en hubby pun cakap gitu...tp jalan2 cari makan dh pernah dtg kat sini coz mama nengok ade plaq jln2 cari mkn.


Price menu yg kami makan adalah :-
1 mix steak (beef + chicken ) = RM 16.90 ( mama nyer)
1 mix lamb chop (lamb + chicken) = RM 16.90 ( en hubby @ ayah nyer)
1 spaghethi = RM 10.90 ( Farah Hadirah nyer, mama ngan ayah tolong habiskan)
teh panas = RM 2.00 mahal nyer air...Thai honey coconut = RM 5.50 ...



Aktiviti Hujung Minggu

huhu jarang sungguh nak tengok Farah Hadirah nie tidur siang ...tambah hari cuti mesti ade je kerjanya...sekali dia pun join venture adik titon ..adik memang suka tidor..baby tidor jelah dh besar mcm kakak..jenuh nak paksa suruh tidor coz x boleh nak wat apa2 . 

Penyimpanan EBM

  
 Mama rembat dlm internet ..

stok mama yg x seberapa sebelum deep freezer..x adelah byk mane tp sebab peti ais satu pintu boleh tahan seminggu je..so kene la beli gak deep freezer coz stok yg ada tu x boleh nk dihabiskan dlm masa seminggu so kene gak cari deep freezer yg boleh simpan susu till 3- 6 bulan.  Hope boleh menyusu farisya hana till 2 Years