Thursday, January 31, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 10

Episod 10

Hari yang ditunggu untuk bersama dinanti dengan penuh debaran. Zain telalu gembira bila Ersallina menerimanya seadanya. Sewaktu mereka meraikan untuk bersama Ersalina jatuh dan Zain terkejut ada darah mengalir di kaki . Zain membawa Ersalina ke hospital dan disahkan Ersalina keguguran. Zain tak boleh terima Ersalina keguguran sedangkan mereka belum pernah bersama. Dalam keadaan runsing Zain kerumah Hadi dan menceritakan apa yang berlaku pada Ersalina. Dalam perkabaran itu Hadi nampak lebih gembira bila mendengar apa yang berlaku pada Zain. Ersalina merasa malu untuk dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu yang dia mengandung dan jika dia tahu dia mengandung dia tidak akan berkahwin dengan Zain.


El bertanyakan yang mana satu barang istimewa antara kasut dan selendang. Bila Zain pilih kasut,El marah sebab El tahu Zain masih tak dapat lupakan sofea. Zain takde cara lain untuk pujuk El. Kasut yang pertemukan dia dengan makcik.


Mama gembira El bahagia. Zain mula merancang utk berbulan madu. El mula beri pelbagai alasan utk mengelak.

Hadi ganggu Zain lagi. Ajak keluar. sampai Zain cakap kat Hadi-ko carila isteri
Hadi mula cemburu,dia akan pastikan Zain tak akan bahagia.macm ni ke kawan baik.



Zain dan El meraikan makan malam istimewa.
Tetiba El terjatuh tangga. El keguguran. Zain kecewa,marah,sedih,isterinya yang tak pernah bersama keguguran.
tisu mana tisu.huhu
Zain yang bengang,apa lagi carikawan baik dia Hadi.Zain bagitahu rahsia El pada Hadi. Aduyai,nanti hadi le yang bagitau pada Mama Zain.Abah yang tak tahu apa2, marahkan Zain -lari dari tanggungjawab, Mama dan El cuba pertahankan Zain.Rupa-rupanya El tak tahu yang dia hamil.Mama rahsiakan daripadanya.El terkejut.

Wednesday, January 30, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 9

Episod 9
Akhirnya Zain meluahkan Isi hatinya Pada Ersalina , terpancar kebahagiaan Zain Dan Ersalina  bila cinta mereka diluahkan. bab kelakar kali ini ialah bila Zain sanggup bertukar wajah menjadi Zain Min Ho kerana minat Ersalina suka tengok cerita Korea. Tetapi Hadi seakan cemburu bila melihat Zain dan Ersalina bahagia. Sekali lagi Hadi mendapat peluang mengapi-apikan Ersalina, dan berkata Zain hanya berpura-pura suka pada Ersalina tapi hatinya tetap suka pada Sofia. Ersalina berjanji pada Zain dia yang akan tentukan bila mereka akan bersama.  

Zain cuba melamar El sebagai isterinya hingga hujung nyawa. Tetiba je El mengamuk, marah sebab Zain banyak menghabiskan masa dengan Hadi.

HAADI...kacau daun lagi,Saje je buat Zain sakit hati.



Zain curi tengok laptop El.Dia nak tahu sangat sape mamat cina yang El suka tu.El pulak curi-curi tengok drama korea kegemarannya.
Zain merajuk bila El tak perasaan style baru rambut dia.Hilang sudah rambut pacak dia.(sebenarnya ikut gaya leemin ho)haha
 
Bila El kata el suka gaya baru abang terus berseri muka Zain.
Moga Cinta kita seteguh Eiffel Tower

Abang nak tahu naper El suka sangat tengok citer Korea dari muka abang yang handsome macam Min Ho.
Nak termuntah dengar..hehe

Tangan Mama luka(seperti petanda buruk akan berlaku).Mama mula risaukan perubahan pada Abah..
El bertembung dengan Hadi. Hadi mula lagi- Hasut El,Zain masih belum lupakan Sofia.El tak percaya.


El bangun lambat. Sbb sayangkan isteri Zain sanggup masakkan breakfast. Bangun tido,El terkejut baju bertukar.Ha,terkezut El.
Abang tutup mata,la
Time breakfast teruk kena sakat dengan Zain(babak ni kena tengok sendiri)
El kagum tengok bilik suaminya yang kemas rapi. El malu dan mula berazam akan pandai masak dan lebih rajin.
Memang bengang denganHadi,, Lama tak pergi gym la. lama tak gi meeting la
.Eleh Hadi jeles dengan Zain.

Kat rumah, El minta bantuan dari penasihat tak bertauliah dia Zehra melalui videochat.El rancang nak bagi hadiah pada Zain.


Drama Setia Hujung Nyawa Episod 8

Episod 8
Perasaan cemburu mula hadir dalam diri Zain. Zain berterima kasih pada Mummy kerana menjodohkannya dengan Ersalina. Zain bertanya pada ibu mertuanya bagaimana mahu mengambail hati wanita untuk makan malam istimewa. Zain juga membuat kejutan pada Ersalina dengan membuat kek kegemarannya. Hadi pula cuba mempengaruhi Ersalina mengatakan Zain berkahwin dengannya hanya sekadar mengikut kata mummynya sahaja. Mama Ersalina pula mengesyaki sesuatu yang pelik pada suaminya yang kerap pergi outstation hingga dirinya stress.Datin Adibah pula bersemangat memberi tunjuk ajar pada Ersalina bila Ersalina ingin belajar memasak. Zain mula menunjukkan rasa cemburu dan berkira-kira ingin meluahkan perasaannya pada Ersalina

Mummy Zain beli banyak barangan bayi. Terpaksa L dan Zain menyimpannya. Zain cuba nak goda El tapi kena tampar sebijik..haha



Hadi menasihatkan Zain supaya tidak menyentuh El jika ada niat nak bercerai. 
Zain menolak cadangan Hadi. Hadi ni sukakan El ke?



El pula minta nasihat Zehra utk goda Zain. Bukan main lagi El dress up.Namun, Zain balik lambat.sampai tertido El tunggu.

Zain: nak pergi mana sampai pakai gincu bagai. Tunggu BF
El: Tunggu suami
Zain: Jauh pergi( Lama tido la tu)
El: Transit kat Bangkok
(suka dailog diorang..hehe)




El sungguh-sungguh nak pikat hati Zain. Sampai belajar masak kat rumah Mummy Zain.Kagum Zain bila masakan El sedap buat kali pertama.Zain dah berbunga-bunga cinta. Namun, Hadi mengingatkan Zain supaya jangan lupakan Sofia(dia tak percaya perempuan macam El)
eh, Hadi tahu ke rahsia El?
pagi-pagi lagi Zain dah masak(nak lawan El la tu)
Wow..Zain masak kek sempena ulantahun perkahwinan ke 30 hari...
Tapi rasanya masin, pahit.haha



 Zain dan El meluangkan masa bersama-sama. 
Muka abang sebijik macam ET
Muka macam ET suami siapa
Suami pretty zinta.perasan ye El.
Zain ternampak El berborak dengan Hadi. Hadi cuba menghasut El.
tak suka betul dgn Hadi nie

El mengadu kat Mama, yang Zain banyak songeh.Mama gembira bila adik bahagia(dalam hati El-kami berlakon je Ma,)Papa dan Zakwan tak percaya yang adik bahagia.
Zain jeles lagi.El kena marah lagi dengan Zain.


nak tergelak bila Zain jeles dengan mamat Korea- Lee Min Ho
siapa mamat cina tu,kat mana dia tinggal,abang tak suka el contact dia lagi..
Haloo,Zain, Lee Min Ho tak kenal pun El...haha
Zain beritahu Hadi yang dia akan berterus-terang dgn El. Hadi jadi tukang hasut lagi.ish..betul ke dia takde lover?
Zain serba salah. El risau yang Zain akan menceraikannya.

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 7

Episod 7

Zain banyak menghabiskan masa menceritakan aktivitinya bersama Ersalina dengan Hady. Hady seperti tak berminat mendengar cerita Zain. Dalam tak sedar Zain mula sukakan Ersalina . Begitu juga Ersalina , masing-masing takut untuk meluahkan.  Lantaran itu Ersalina tidak berputus asa belajar memasak untuk menjadi isteri yang baik. Walaupun masih tidak menjadi. Lakonan berbaik-baik depan orang Zain membuatkan Datin Adibah merasa seronok dan tidak menyesal membuat pilihan memilih Ersalina sebagai menantu.
Ersalina sesekali bertandang ke kedai kek mamanya. Haliza gembira melihat Ersalina yang nampak bahagia. Datin Adibah dan Dato Hafsham pula tak sabar-sabar nak timang cucu, membuatkan Ersalina makin resah.

Ersalina cuba jadi isteri yang baik demi suaminya Zain. Berkat sokongan mama, L belajar memasak walaupun liat,hangus.(haha). Zain pulak, akan cuba masakkan El walaupun tak sedap(nak ambik hati la kononnya).
 
 
Sedap tak abang?


Zain tak sangka hatinya terhibur dengan gelagat El yang manja. Sebab tu dia selalu sakat El.
Ha,tengok siapa yang peluk abang?
Siapa pulak yang abang pegang tak nak lepas?


Suatu hari, El pulang lewat dari kedai Mama. Apa lagi,Zain yang kuat cemburu dah mula fikir bukan-bukan. Mula la dia salahkan Mummy kerana  tak pandai pilih calon menantu. Eleh, Kata El, dia pun manja(anak mummy)sikit-sikit mengadu pada Mummy.Lepas tu boleh pulak mengada-gada nak El pujuk




Lepas pujuk, Zain sakat lagi El. Dia tunjuk gambar ex tunang dia,siapa lagi si Sofia. Siap puji bekas ratu cantik la,El yang pada awlnya nak tengok gambar sofia terus tak jadi. Jadi cemburu pulak.
Memang kelakar tengok diorang ni.


 Zain : Walau apa2 pun..kna mintak psetujuan suami kn?

El minta kebenaran Zain utk sambung belajar, namun Zain tak izinkan walaupun Mummy benarkan. Ala jeles la tu,takut El terpikat dengan lelaki lain.Hinggakan abang sendiri pun dia nak hempuk-sebab ingatkan El bawak lelaki lain masuk rumah.Dahsyatnya cemburu Zain ni. Nasib baik tak sempat. Lepas tu boleh pulak pura-pura nak baiki paip.







Drama Setia Hujung Nyawa Episod 6

Episod 6
Ini episod yang manis ,Datin Adibah menggesa Zain untuk pergi berbulan madu. Zain dan Ersalina dihadiahkan sebuah rumah agar mereka dapat hidup berdikari. Ersalina mula belajar menguruskan rumah tangganya sendiri. Bermulalah kehidupan Zain dan Ersalina menjalani hidup berkeluarga. Mereka Tinggal di rumah baru ini untuk belajar hidup berdikari. Disinilah bermula detik-detik yang mencuit hati, bila Ersalina cuba memasak .... goreng ikan ..ikan hangus.. lauk masin.. Ersalina anak manja yang tidak pernah membuat kerja-kerja rumah, segalanya serba tak kena bila dilakukan dirumah sendiri. 

 
Sesi perkenalan sebagai suami isteri ...

 Mama bersembang dgn menantu dan harap Zain dapat bimbing dan jaga E dgn baik...


 
Akhirnya Zain dh tau siapa makcik yg tertukar kasut tu dgn dia ..dan L dh tau yg dia lelaki poyo yg tertukar kasut tu adalah suaminya...
 
 
Mereka masih mencari keserasian dan Zain suka sgt mengusik ajak L tidur sekatil...heheheh
 
 
Pertama kali L tuang air utk suaminya di depan keluarga dan keluarga mertua..sepenuh2 cawan air dituangnya...hehehehe...diorg comel sgt 
  
Zain menceritakan yg jodohnya sgt kuat dgn Ersalina . Pertama kejadian

 
L cuba nk pujuk suaminya tapi tersilap cara la plak...Zain tunjuk cara manja utk bergurau kepada isterinya 

 ikwan dating dgn Dr Suria
\
L risau nk pindah umh sendiri takut x biasa duduk berdua je dgn suaminya...Mama pujuk L 

  Mama L jenguk L kat rumah baru dengan bawa cupcakes kegemaran L
 Zain pertama kali cuba masakan pertama L sebagai isteri ...L sedaya upaya memasak utk suaminya walaupun dia x pernah masuk dapur sebelum nie.

 
L sediakan air milo , air kegemaran suaminya.