Monday, February 25, 2013

Last Class Swimming

Alhamdullilah, tamat sudah class swimming mama last friday. Horey dh boleh swimming dgn jayanya...hehehe tahniah jugak pada kwn2 yg join the class. Tahniah utk semua yg berjaya swimming sepanjang 50 meter. Alhamdullilah berkat usaha exercise mama berjaya swimming sepanjang 50 meter yg sedalam 2.0 meter non-stop ...fuh pecah rekod mama sebenarnya ...heheheh as amatur swimmer .

Thursday, February 7, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 28 (Akhir)






 
Zain dan El cuba jumpa senyap2 di resort. Mummy tak sangka Eriza suka clubbing. Baru tahu bakal menantu pilihan dia macam mana..
Hampir luruh jantung Zain bila El hampir jatuh.Zain ni memang nak kena.

 

 
 
Zain terlihat kelibat Ekin-kekasih lamanya dulu. Yang jugak gadis yang dinodai dulu.Zain bertanya adakah suami Ekin menerimanya.Ekin menjawab - ya dia terima dengan baik,walaupun isterinya pernah dinodai.Zain memohon maaf pada Ekin. Mummy terdengar perbualan Zain dan Ekin. Mummy pengsan.

 Mummy bertanyakan hal sebenar antara Zain dan Ekin.Zain mengakui kesilapannya. Mummy terkesima. Tak sangka anak yang disangka suci dan bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk itu. Sukar utk mempercayainya,



Hadi call Eriza,kata sakit tenat.Eriza gi jumpa Hadi.Kata nak bertanggungjawab. Eriza tahu ni semua plan Hadi nak bekerja di syarikat Eriza.Hampeh,konon insaf rupanya berlakon je.

Datin Adibah memohon maaf pada Haliza.Dia menceritakan tentang rancangan yang menemukan Zain dan Eriza hingga apa yang berlaku kini.Namun tidak diceritakan tentang kisah silam Zain dengan Ekin pada Haliza, Ersalina mahupun suaminya. Kini fahamlah dia bagaimana perasaan yang dialami Haliza yang menyimpan rahsia El pada suaminya.
Bertahun-tahun Zain menyimpan rahsia,diketahui juga olehnya.Gerak hati ibu membuatkannya tahu tentang rahsia itu.
Biarlah El tidak mengetahui agar kasih sayang El dan Zain terus mekar selamanya.

 


Ikram berjumpa dengan Zain untuk serahkan bukti plan Hady.Zain terkejut. Ikram mohon kebenaran utk jumpa El. Ikram berjumpa dengan El dan beri hadiah terakhir kepada El.El sedih. Ikram kata- dia mahu ke Gaza.berjihad

Hady datang kerumah Datin.Konon nak beri bukti. Tapi bila Hady tunjukkan bukti, Zain keluar tunjukkan bukti yang Ikram beri padanya. Datin terkejut. Hady cuba menafikan. Namun Datin tak percaya.
Hady cuba balas dendam dengan melanggar Eriza.Mujur takde apa-apa.Kelakar masa ini,bila Zain kata dia tak buat apa2.
 
So sweet Zain mcm Min Hoo...



 


Candle Light Dinner Zain Hakimi bersama isteri tercinta Ersalina Imani

Zain berjanji pada Ersalina yang dia akan setia disisi isterinya. Menjadi Bapa yang hebat pada anaknya yang bakal lahir dan suami yang unggul pada Ersalina Imani. Cintanya hingga ke hujung nyawa.
Happy ending..



Drama Setia Hujung Nyawa Episod 27

 
Akhirnya mereka berdamai demi kebahgian L . Iqram telah beralah utk lepaskan L pada Zain

Hady dah cuak kalau Zain tahu pasal rancangan dia...huhuhu tau takut dan gelabah...

 
Siannya L berangan Zain datang jumpa dia...

 
Zain ada tabiat baru...loya dan mual...pembawakan budak...hehehehe so sweet ...L pregnant Zain yang mabuk..fair and sweet 


 

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 26


 
Eriza tunjukan L berlaku curang pd Zain...nk sekeh2 je minah nie...heheheh nasib zain x percaya...
 Demi suami tercinta sanggup berlakon jadi orang gaji Dayang Senandung...

 
L rindukan Zain ...


 
Zain dtg jenguk L


Sweet sgt this moment 


 
Hady report pasal L jumpa Iqram...sibuk je mamat kepoh nie...hehehehe(berjaya talha bawak wataknya sampai org menyampah abis kat dia...)

 
Iqram x putus asa memujuk L dan L tetap menyatakan hanyakan cintakan suaminya seorang sahaja.  Huhuhu kebetulan L
 
Iqram bagi zain begang







Monday, February 4, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 25

Episod 25
Ersalina di sahkan mengandung. Dalam Dia menjaga Zain Hady datang dan sengaja mengungkit kisah lama. Tiba-tiba bualan Hady dan Ersalina terdengar oleh Datin Adibah. Datin Adibah naik berang bila mengetahui Ersalina keguguran dulu bukan anak Zain. Datin Adibah melarang Ersalina untuk terus berjumpa dengan Zain. Datin Adibah juga menghalau Ersalina tinggal dirumah Zain. Segala rahsia yg disimpan oleh mama Ersalina diketahui juga oleh ayah Ersalina. Ayah Ersalina menyalahkan Haliza mama Ersalina kerana tidak duduk berbincang menyelesaikan masalah bersama . Haliza juga memohon maaf pada Datin Adibah tetapi tidak dihiraukan. Zain sedar dari koma dan dibawa pulang kerumah tetapi Zain bingung kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa. 





El disahkan mengandung. El gembira dan sampaikan berita ni pada Zain. Hady bertambah tension bila dapat tahu El mengandung. Hady gi belasah Ikram
sbb cemburu dengan El.
Datin Adibah terdengar perbualan Hady dan El. Bermula episode duka lara El lagi.


Papa El dah tahu kebenaran. Papa El memarahi Mama El kerana merahsiakan darinya. Datin Adibah mula menghalang El dari berjumpa Zain. El tetap akan berusaha untuk memiliki El walau apa jua nasihat Zehra.Datin Adibah mahukan penjelasan dari Hady.Mama El merayu pada Datin Adibah untuk mendengar penjelasan darinya.
El mendengar sahaja hinaan dari Mummy El. El tahu Mama turut menanggung beban dari kesilapannya.
Zain cuba yakinkan Mummy bahawa El diberi peluang kedua.Mummy Zain sangat sakit hati. Papa Zain mahukan jalan penyelesaian(Papa Zain ni baik,cuba satukan balik El dan Zain).

Zain bengang dengan Hady. Zain mengaku anak El adalah anaknya.El cuba jumpa Zain. Tapi dihalau oleh Mummy. (lagu kupu-kupu selalu keluar tepat dengan scene- pandai editor.)

Zain mohon Mummy izinkan dia bertemu dengan El. Mummy membantah.

sian L kena marah dgn mummy zain..
Boleh pulak tetiba habis

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 24

Episod 24
Selepas apa yang berlaku Zain dan resalina hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. Hady dan Eriza tak senang duduk. Begitu juga Ikram, Ersalina terus tak dapat dihubungi. Keindahan bersama tidak kekal lama Zain terlibat kemalangan. Zain koma dan Ersalina meratapi keadaan Zain yang entah bila akan sedar. 



 
 

 Zain mohon El fikirkan semula keputusannya. Hady mohon maaf pada Zain.
Zain mula berubah. Dia  mula bersolat dan mengimamkan solat pada El.
Semenjak itu El dan Zain mula berbaik-baik.

Zehra dan Ikram risau takut-takut Zain cederakan El.Diorang mula cari El.
Hady beritahu Eriza yang Zain ada di rumah Datin. Zain dan El  mula merasakan bahagia. Sementara itu Zehra dan Ikram mencari El di rumah Mama.

Eriza datang ke rumah Zain.Datin Adibah nampak Eriza tengah mengintai di depan pintu. Eriza mencari helah dengan memberi hadiah kononnya dari Mama dia.
Zehra jumpa Mama Zain.Terbongkar pula yang rumahtangga Zain dan El bermasalah sebelum ni.Aduh,Zehra ni.



 
Tetiba El menerima panggilan yang Zain kemalangan. Seminggu kemudian, Zain tetap tak sedarkan diri.
El tetap setia di sisi Zain untuk beri kata-kata semangat pada Zain.



Drama Setia Hujung Nyawa Episod 23

Episod 23
Zain keluar bersendirian tanpa arah . secara kebetulan bertembung dengan Eriza . Eriza mengajak ke rumahnya dan ingin memerangkap Zain tetapi diperhatikan oleh Hady sebangai dalangnya. Ersalina menyaksikan apa yang berlaku atas hasutan Hady . Ersalina begitu kecewa dengan apa yang berlalu. Ersalina mengambil keputusan dan lari dari rumah Zain. Zain memujuk Ersalina agar dapat bersamanya kembali. Dengan berat hati dia kembali kerumah Zain kembali tetapi tidak disenangi oleh Hady kerana Zain berjaya memujuk Ersalina kembali balik kerumah.

 


 El nampak Eriza dan Zain masuk kerumah bersama-sama.  Hady bawa El ke rumah Zain. Bertambah sakit hati El.Hady pula pura-pura cuba tenangkan El. Hady gembira bila rancangan mereka gembira.Zain bengang bila Hady mula masuk campur urusan dia El.Itulah semua nak cerita kat Hady dulu.Kan dah susah.
Plot drama ni dah lain sikit dari novel.

Zehra cuba menasihati El supaya mendapatkan nasihat Mama El.Tapi El menolak.
Zaqwan cuba memujuk Dr Suria.(Babak Zaqwan dan Dr.Suria ni sikit sangat,tapi nasib baik berkembang watak diorang).


   
Ikram cuba membantu El.
Kelakar masa Ikram cuba pujuk El.Kenal tak kak bedah?Hady cuba berlakon dan memohon maaf pada Zain.Macam biasa Zain tak syak Hady.Aduhai
Zain balik rumah dan mendapati El tiada di rumah. El bermalam di rumah Ikram dan Zehra. Eriza datang jumpa Zain. Tak serik perempuan ni.

Hady gembira bila El tak balik.Jahat giler Hady.Tikam kawan baik sendiri.
Zaqwan akhirnya melamar Dr Suria.Zain mula menrindui El. 

 
Zain akhirnya pergi ke rumah Ikram.
  
Zain minta zehra pujuk EL
Zain Hakimi pujuk Elsalina

Zain memohon pertolongan Zehra untuk pujuk El bagi peluang bagi Zain.Baiknya dapat kawan susah senang macam Zehra). El tak percaya yang Zain sudah berubah. El tak nak balik ikut Zain.Zain tetap pujuk El.El mengalah. Zaqwan pula nak bertunang dengan Dr Suria.Papa telefon El untuk sampaikan berita gembira tu. El akan sambung belajar di UM. Papa tanya El dah minta izin pada Zain? El jawab tak payah kut. 
El cuba nyatakan pada Papa yang dia dah buat keputusan. Tak sempat nak bagitahu Zain masuk mencelah