Friday, April 26, 2013

Makan2 Kuantan 2013

Awal tahun ari tu kami ke kuantan join family sebelah hubby punya family activity masa cuti raya cina. Mlm pertama wat barbeque kat umh kakak ipar .

 Makan mlm kedua nie mkn kat horizon kuantan..

Makan mlm ketiga makan kat luar lagi yum yum fresh fresh makanan laut

blk dari makan malam singgah kejap kat pantai air hitam


Bukit Gambang Water Park Kuantan

Nie gambar masa mama and family join family sebelah hubby gie Gambang Water Park Kuantan awal tahun tadi

Thursday, April 25, 2013

Magazine Dan Paper Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia







Saya sebenarnya isteri dia episode 4






 Mama suruh syaf pergi kejutkan Chad.Ketika nak kejutkan Firash,Syaf terbayang wajah Farish. Chad marah- aku Firash Arshad bukan Farish.
 
Pn Farizah menyuruh  Syaf dan Firash pergi shopping barang dapur. Terbeliak mata Firash melihat Syaf yang memakai baju serba hitam.

Kau ni takde baju lain ke nak pakai?,tanya Firash.
Ada,kenapa?jawab Syaf
 Chad:Macam budak gothik aku tengok
Syaf: Gothik?
Chad: Kau tak tahu gothik tu apa ke?
Syaf : Aku tahulah
Chad: Kalau tahu,kenapa pakai serba hitam,macam berkabung aku tengok.
Geram Syaf bila mendengar kata-kata Syaf.Macam dia bagus sangat.Rambut pun macam pacak-pacak durian.

Syaf tak larat nak tolak troli yang penuh.Lagi Chad mengusik Syaf.
Chad: Kau tak makan nasi ke?
Syaf: hah?
Chad: Ish..pekak betul.






Tetiba Syaf terperasan sesuatu. Fara?ye Fara,macam mana dia ada boleh kat sini.Habisla kalau dia nampak aku dengan Firash.





Tetiba Syaf terlanggar Mie.Terkejut Syaf. Mie cuba nak ngorat Syaf.
Mie: erm Syaf,nanti jangan lupa call saya ye

Firash yang menunggu Syaf menahan geram.



 






 
  

Wednesday, April 17, 2013

Saya sebenarnya Isteri dia episode 3






Episode bersambung dengan Firash,Syaf dan Mama pergi ke hospital selepas menerima berita tentang Farish kemalangan.



Pulang dari kubur, Chad minta Syaf jaga mama dengan alasan exam dah dekat. Syaf terkejut dengan permintaan Firash.Chad pulak buat keputusan untuk tinggal rumah sewa dengan Fikri dan Mie. Fikri dan Mie terkejut Chad nak tinggal bersama mereka. Firash memberi pelbagai alasan untuk tinggal bersama mereka.Kononnya untuk lepak study.

Sebulan kemudian,


Syaf datang ke rumah sewa Firash.





Cari siapa?soal Mie.
Firash,jawab Syaf
Firash?Oh lupa Chad la tu.Kejap ye.Jawab Fikri.
Kakak Firash ke?tanya Fikri
Ye,kakak Firash..eh tak saudara Firash,kelam kabut Syaf jawab.






Firash gelaba bila nampak Syaf.Lepas ambik beg lauk,terus dia bagi warning kat Syaf supaya jangan datang lagi. Nanti rahsia bocor.Syaf-ye,lain kali aku tak hantar lauk lagi.

Mie dan Firash berasa jeles sebab ada orang hantar lauk kepada Chad.

Di library


Rania cuba pujuk Firash.Firash cuba mengelak dengan menghubungi Fikri.Firash berbisik pada Fikri kononnya dia perlu buat assignment sebenarnya dia minta Fikri temankan Rania.
Rania tak endahkan Fikri,malah berlalu mengejar Firash.

Di pejabat Syaf.
Syaf mula terkenangkan Farish-saat bahagia mereka.

Balik dari dengar ceramah,Fara berceloteh tentang isteri durhaka pada suami. Syaf mula terkenangkan hubungan dia dengan Firash.Fara ajak Syaf makan char keow teow.

Di restoran.
Fara teruja tengok lelaki handsome yang ada di restoran tu.Syaf ingatkan yang Fara dah tua.Fara kata tak kisah sebab sekarang trend lelaki muda kahwin dengan perempuan tua.Aduh terasa Syaf.



asal muka Firash lain macam je bila snap ni.hehe

Tetiba,Fara excited tengok lelaki yang pakai jaket.Syaf pun toleh untuk tengok lelaki yang dikatakan oleh Fara-omg Firash!Mula la Syaf gelaba.





Di rumah.
Syaf mula termenung fikirkan Firash. Fara- ingat mamat baju biru ye?
Tak la,jawab Syaf.
Mamat pakai jaket tak boleh tau,aku punya
Syaf dengan spontan jawab.Tak dapat punya....haha
Fara mula tanya apa dia?Cepat-cepat Syaf tukar topic.

Aiskrim terbaru Magnum,serriuss sedap!

Firash,Fikri dan Mie menaiki kereta. Tetiba Firash terbabas.Kepala  Chad terhantuk di stereng.  Firash pengsan.Fikri yang panik pun hubungi Mama Chad. Mama Firash  pulak contact Syaf suruh balik sebab Firash kemalangan.
Sampai di rumah, Syaf ragu-ragu nak jenguk ke tidak Firash.Firash yang masih pening turun tangga,Syaf pulak leka jawab sms masa naik tangga nak jenguk Firash.








Gedebuk dua-dua bertembung lalu jatuh terlentang kat tangga.haha(dasat sungguh jatuh tangga).Tetiba hati chad dilanda cemburu-siapa yang syaf mesej?

Firash mula curiga siapa yang sms Syaf.




Sebenarnya saya isteri dia episode 2






Datin Farizah cuba memujuk anak angkatnya Syaf dan agar berkahwin dengan Firash.Firash menentang habis-habisan kerana usianya baru 21 tahun.Nak kahwin pulak dengan perempuan yang 4 tahun lebih tua darinya. Sementara itu,Farish menyalahkan Firash tentang kejadian malam itu.
Firash jadi runsing memikirkan yang dia perlu berkahwin dengan Syaf.
Farish merayu pada Mama agar benarkan dia kahwin dengan Syaf tapi Mama menolak kerana dia mahu Firash bertanggungjawab.

Di kolej,Zara cuba memikat Firash tapi namun dia dipersenda Firash.



 
posing time scene gaduh
Farish yang marah sebelumnya atas tindakan Syaf dan Firash cuba menasihati Syaf agar memikirkan kembali keputusannya. 







 Firash sengaja buat abangnya cemburu. Farish dan Firash masih berterusan bergaduh. Firash cuba bersemuka dengan Rania.Tapi Rania cuba berdalih. Zara merajuk atas perbuatan Firash,tapi Firash cuba memujuk sebabnya memerlukan Zara untuk membantunya buat assignment.Pandai betul Firash.
Syaf akhirnya bersetuju dengan cadangan ibu Firash supaya hubungan adik beradik itu tidak terjejas.
Ketika majlis akad nikah Firash dan Syaf dilangsungkan,Farish pula kemalangan.





Saya Sebenarnya Isteri Dia Episode 1





 


Episode bermula dengan prolog novel-budak-budak mengaji. Achad(Firash) bukan main lagi luahkan perasaan dia pada Kira(Syaf).
Masa berlalu. Achad dan Kira dah besar.
Firash dan Syaf  dalam perjalanan ke rumah Rania dan Raimy sempena hari jadi diorang. Farish pulak  masih di pejabat. Syaf sorang-sorang hadir ke majlis Rania.Raimy mula cuba nak mengorat Syaf,tapi tak berjaya.aduhai party dia.
Muncul pula Firash sambil bawa hadiah.Dengan gaya poyo Firash bagi hadiah pada Rania.Rania dengan gembira ingatkan Firash bagi hadiah rantai pada dia,tapi rupanya BUKU NOVEL.hehe.terkena Rania.Firash sengaja buat Syaf tak senang, dengan pertanyaan yang menyakitkan hati. Rania dan Raimy mula rancangan jahat mereka-beri Firash dan Syaf minuman yang mengkhayalkan.
Syaf mula pening dan cuba berehat di bilik.Firash pun mula naik ke bilik bila disuruh Rania. Farish cuba hubungi Syaf tapi gagal.jeng..jeng...
Farish sampai dirumah Raimy dan mula bertanyakan tentang Syaf pada Raimy.Raimy cuba mengelak.
Rania naik ke atas cuba mencari Firash malangnya apa yang dilihat apa mengejutkan.Farish mula hilang pertimbangan bila melihat keadaan Syaf dan Firash.Konflik pun bermula.
Syaf cuba memujuk Farish. Farish yang kecewa akhirnya memutuskan pertunangan mereka.Firash yang bengang mahu membuat perhitungan.