Monday, May 27, 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia episode 7



Haqimy mengajak Syaf ke kebun durian.Mereka pergi bersama-sama adik Haqimy Imah. Di kebun, Syaf digigit pacat. Haqimy cuba membantu,namun kebetulan Firash tiba. Firash naik marah kerana menyangka Haqimy ingin ambil kesempatan terhadap Syaf.Dia yang bengang lalu menumbuk Qimy. Firash dengan segera bawa Syaf berlalu dari situ lalu.Di pertengahan jalan,Firash berhenti dan mengubati Syaf. Tok wan mula syak sesuatu tentang Syaf.Akhirnya Mama Firash beterus terang tentang hubungan Syaf dan Firash.Sementara ibu Qimy mula berkenan pada Syaf sebagai menantu. Pulang dari kampung,Syaf mendapat pertukaran kerja di Terengganu.


 Firash terpaku melihat kecantikan syaf ...hehehehe

x puas tatap muka isterinya ...hahha sampai mamanya tegur lagi...

 
 Syaf mintak tangan kanan suaminya utk cium ...hahahah 
 
Masih x percaya isterinya baru salam...hahaaha mama mengintai lagi suka tengok gelagat anak menantu .. :)

Thursday, May 23, 2013

Training Dekat Pulai Spring Johor

Bulan April lepas kami satu department ade training di Johor. Semua naik bas.



 nie gambar apartment kita org share 5 orang 

nie gambar dewan mkn, swimming2 pool , bilik training

 

Zoo Negara 2013

Achu Farah Farisya ajak gie Zoo jln2...dulu pernah gie dgn achu dan farah je..kali nie bawah farisya hana plak ...


Jalan2 hujung minggu

saje bawa anak2 cuci2 mata kat sacc mall 

Makan2 Dekat Lowyat

nie masa makan nasi ayam kat cafeteria kat Lowyat ..anak2 dara mama memang suka sgt mkn nasi ayam ....

Majlis Pelancaran Sistem2 Oleh MB

Punyalah busy baru nk update beberapa event yang dilaksanakan di opis.

Masa persediaan terpaksa bawa anak2 dtg ...

Alhamdullilah majlis berjalan dgn baik walaupun ade la lari skit dari perancangan..
 

Sunday, May 19, 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia episode 6



Mama bawakan minyak gamat utk Syaf sapu pada Firash.Tok Wan mula bekenan pada Syaf dan minta Mama Chad jadikan dia menantu- Alahai tok wan,memang menantu pun.


Syaf cuba letak ubat pada luka  Firash,namun kata-kata Firash buatkan niat baik Syaf terbantut. Firash mula bengang dengan Syaf.

Firash: Nak tolong ke?
Syaf:Boleh jugak(tengah ambik periuk)
Firash:  Boleh bla.
Syaf:( Jatuh tergolek) Firash ketawa melihat Syaf jatuh.
Tok Wan: boleh gelak tengok orang jatuh.
Firash: tak nampak la tok wan.
Firash memang mamat sengal.

Haqimy datang ke rumah Tok Wan. Firash mula dilanda angin cemburu
Firash: Nak tolong tok wan konon.

Esoknya,kenduri arwah berlansung.
Datin Farizah mula terkenangkan saat-saat indah bersama Farish.

Tok Wan mula mengamuk bila Firash yang ditunggu rupa-rupanya tengah makan di dapur- siap bohong lagi kononnya ambik wudhuk.

 Hubungan Datuk Fakhrul dan Datin Aida mula berantakan.Datin Aida masih tak puas hati bila Datuk Fakhrul masih tidak ceraikan isteri pertamanya-Mama Firash.


Mama ,Firash dan Tok Wan terkejut bila lihat Haqimy ada di rumah Tok Wan. Yela,Syaf kan sendirian di rumah. . Syaf cuba mohon maaf pada Firash namun  perasaan marah mula menguasai. Syaf mula takut melihat wajah Firash.

Mak long datang ke rumah dan mula memerli Firash. Tok Wan mula tak suka bila anaknya berkata begitu.

Haqimy beri duit pada Tok Wan sempena gaji pertamanya. Syaf juga terima.Terkejut Syaf dibuatnya. Firash hanya melihat dengan hati yang panas.
(kalau dalam novel -Syaf dapat duit raya..hehe)

Syaf teragak-agak nak masuk bilik Firash. Dengan perasaan malu, Syaf mohoN maaf pada Firash..
Firash: Kau memang buat salah pada aku la?

Bila keluar dari bilik bertembung pulak dengan Tok Wan. Tok Wan mula syak.
Syaf bagi alasan nak pinjam charger tapi Firash takde pula. Firash yang dengar perbualan cepat-cepat menyorok.Mujur tak terkantoi.

Malam tu, Syaf sakit pinggang. Firash yang nampak keadaan Syaf cuba membantu dengan menyapu minyak angin. 



Syaf mula takut dengan keadaan tu. Tapi diterima jugak bantuan Firash.Tapi,boleh pulak time ni dia mimpi sampai menjerit. Memang kelakar.
Cepat-cepat dia menutup mulut Syaf. Firash keluar dari bilik, akan tetapi terserempak pula dengan Tok Wan.
Aduhai terkantoi la pulak

Saya sebenarnya Isteri dia episode 5



Syaf pengsan ketika shopping dengan Fara. Firash yang terkejut terus dukung Syaf dan bawa balik.

Firash terkejut bila Zara tunjukkan gambar dia dengan Syaf. Firash cuba berlagak biasa dan menyatakan itu adalah kakak sedara dia.

Fara pulak mula berangan-angan bersuamikan Firash.Syaf cuba bagitau hal sebenar pada Fara namun lidahnya kelu.



Pagi-pagi lagi diorang bertolak ke terengganu.Dalam perjalanan,Syaf mula muntah-muntah. Mama ambil alih tugas memandu,Firash pula terpaksa"jaga" Syaf di belakang.hehe





Firash mula risau jika Syaf mula mengandung.Tak sanggup dia memikul tanggungjawab tu sedangkan dia masih muda.Kelakar betul cara Chad kejut Syaf bangun tido.Keluar dari kereta sempat lagi Chad bagi warning kat Syaf yang Tok wan tak tahu rahsia mereka.


akhir kantoi dgn tok wan

Hah,nak kemana tu?tegur Tok Wan bila nampak Firash terjengket-jengket pergi ke bilik Syaf.Firash tersentak lalu memberhentikan langkah.Dia mengetap gigi. Spoil betul la Tok Wan ni. 
Nak pinjam charger telephone kat Syaf.
Huh,bantai ajela.. Nasib tak kantoi, kalau tidak kena dengar ceramah free la nampaknya.

Firash ternampak gambar Farish dalam novel yang dibaca Syaf.Syaf mula serba salah.


Pagi- Firash mula risau akan jika Syaf benar2 mengandung dan mengajak Syaf pergi ke klinik. Sungguh Syaf tak sangka, yang Firash pandai sembelih ayam.


Ketika nak kejutkan Firash,Syaf terkejut dengan belalang yang hinggap di badannya. Apa lagi, badannya menimpa Firash yang sedang tidur.Terkejut Firash dibuatnya.

Firash mula cemburu. Cemburu akan perasaan Syaf pada arwah abangnya.
Haqimy sepupu Firash sampai ke rumah tok Wan dengan membawa beras yang diminta.
Mak Ngah kamu bawak balik anak angkat dia
Qimy: Siapa?
Tok Wan: adalah
Mata bertentang mata. Qimy dan Syaf tak sangka mereka bertemu semula.
Perasaan cemburu Firash datang lagi bila melihat kemesraan Qimy dan Syaf. Perasaan tu membuatkan dia marah pada Syaf dan menolak Syaf ketika Syaf mahu menolongnya.