Monday, July 15, 2013

Sebenarnya saya isteri dia episode 13 (episode akhir)





Firash kembali ke Kuala Lumpur setelah kejadian dibelasah pekerja di tempat binaan. Firash keluar makan dengan Fikri dan Mie.Fikri akan bertunang dengan Zara.Pertanyaan Mie tentang Syaf membuatkan Firash rindu pada Syaf. Ketika memandu, Firash yang mengelamun nyaris terlanggar Syaf.Syaf cuba melarikan diri kerana menyangka Firash mahu melanggarnya.

Ofis.
Raimy membawa khabar yang Datuk mahu berjumpa dengan Syaf.Datuk Fakhrul mempelawa Syaf makan tengahari. Syaf mula tak selesa bila ingatkan dia mula makan berdua.Rupanya,Datuk Fakhrul ada agenda sendiri. Cuba bantu Firash memulihkan keadaan.Namun,Firash gagal memujuk Syaf.


Syaf bertemu Raimy. Raimy akhirnya mengaku perbuatannya. Syaf marah sangat-sangat. Tidak disangka tentang pengakuan itu.Pengakuan Raimy mengingatkan Syaf pada Farish lelaki yang dicintai.Raimy mahu Syaf maafkan Firash
Kini,Rania positif mengandung(oh,sebab tula dia serang Syaf)
Syaf bertemu Firash. Firash happy sangat bila syaf datang memaafkan dia.(feel hepi and sweet je bila tengok scene ni)


SALE...SALE...dramatic saving.Only at Ikea

Firash bawak Syaf cuba baju-kononnya nak pergi kenduri kahwin kawan dia.  Firash bawak Syaf balik ke rumah Papa Firash. Terkejut Syaf bila tahu Datuk Fakhrul adalah bapak mertuanya. Akhirnya, Firash kena marah sayang dengan Syaf.Mama Rania nak rancangkan sesuatu untuk kenakan Firash dan Datuk Fakhrul.
Firash bawak Syaf ke hotel.Kononnya perlu stay sebab kawan dia kahwin katt hotel tersebut. Tapi sempat lagi tersasul pasal honeymoon.Syaf tak tahu pasal wedding suprise ni.
Syaf mengaku pada Firash yang dia kini mengandung. Happy sangat Firash sampai tak sabar nak call Mama.


Rania datang ke dewan ketika persiapan perkahwinan dijalankan.Firash sangat terkejut. Firash yang kerisauan meminta Raimy membantunya. Raimy cuba bantu Firash dengan mencari cd gambar yang Rania simpan.Berlaku pertengkaran antara Raimy,Rania dan Mama.
Mama Rania tetap nak teruskan niat jahat dorang-kacau perkahwinan Firash.

Syaf hairan kenapa mereka berpakaian seperti pengantin. Terkejut Syaf bila wedding tu sebenarnya adalah wedding mereka. Ketika bersanding-Rania datang buat kecoh.  Siap tolak Syaf lagi.



Mama dia cuba yakinkan semua orang yang Firash yang telah buat Rania mengandung. Siap bawak cd lagi.
Tapi Raimy jadi penyelamat keadaan.Cuba terangkan keadaan sebenar.Tetiba polis datang untuk bawa Rania sebab tak hadir ke mahkamah untuk kes khalwat.
Dalam kereta, Firash beritahu yang dia nak bawak Syaf ke tempat mula-mula mereka bertemu.Syaf hairan.Akhirnya dia mengerti yang Firash adalah Acad budak lelaki yang menyukainya ketika kecil.Mcama mana Firash tahu-thru Facebook dan Qimy yang memanggil Syaf- Qira.
Sesuatu yang Syaf tak sangka Firash suaminya yang dicintai itu adalah Acad-budak kecik yang berani mengaku perasaan dia masa kecik dulu.
Firash dan Syaf sama-sama merenung ke arah pokok belimbing tua itu yang menjadi saksi pengakuan cinta Firash pada zaman kanak-kanak.Siapa sangka jodoh mereka telah bermula sejak itu. Kini,syaf faham,cinta tak mengenal usia.Dia bersyukur Firash menjadi suaminya.