Wednesday, May 13, 2015

Hati Perempuan Episod 28 - Final

Yuhanis terkejut melihat keadaan pasu kaca yang pecah itu. Dia segera menuju ke dapur dan terkejut melihat kedua orang gajinya cedera. Tiba-tiba muncul dua lelaki yang cuba untuk memperkosa dia. Yuhanis cuba lari untuk menyelamatkan diri. Sementara itu, Tg. Zaril yang sedang dalam perjalanan pulang, rasa tidak sedap hati. Dia cuba menghubungi telefon Yuhanis berkali-kali tetapi tidak diangkat. Dia juga cuba menghubungi telefon villa dan pengawal keselamatan juga gagal. Sah sekali kedua penyamun itu adalah orang upahan Tg. Amalin. Disebabkan kegagalan mereka, Tg. Amalin bengang dan membuat keputusan untuk lari dari Malaysia dengan segera. Dia pulang ke rumah dan mengemas barang-barangnya. Tg. Zaril pula menerima berita yang malang sekali bila Yuhanis didapati gugur. Rupa-rupanya Yuhanis hamil tanpa dia sendiri mengetahuinya. Tg. Zaril kesedihan sekali. Mujurlah Tg. Zaqif dan Edrina ada di sisinya untuk memberikan semangat. Tg. Zaril tidak tahu bagaimana hendak memberi tahu Yuhanis akan hal itu bila dia sedar nanti.

Hati perempuan Episod 27

Antara scene mggu depan.. Ada juga sweet moments, kalau tgk promo mcm nak pengsan, byk konflik je..hehe#BestCouple2015 #ArilAnis#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Saturday, May 9, 2015

Yuhanis bersumpah yang dia akan membuang semua perasaan syaknya dan percayakan suaminya. Tg. Zaril gembira dan percaya Yuhanis sudah dapat menerima cintanya dengan sepenuh hati. Syed Amar bertanya pada Tg. Zaril tentang Tg. Amalin. Tapi Tg. Zaril menyatakan setahunya Tg. Amalin sudah kembali ke London. Syed Amar tidak puas hati kerana Tg. Zaril melepaskan Tg. Amalin macam tu saja setelah beberapa kali dia berbuat silap dalam cubaan meruntuhkan rumah tangga Tg. Zaril dan Yuhanis. Dan Syed Amar percaya, Tg. Amalin masih berada di Malaysia. Memang benar bagai diduga. Suatu hari, Tg. Amalin benar-benar muncul di pejabat Yuhanis. Kali ini, Yuhanis merasakan dia perlu matang menghadapi Tg. Amalin.. Tg. Amalin juga menuduh Yuhanis wanita yang gilakan harta. Tg. Zaqif memberi perkhabaran baik pada keluarganya bila Edrina disahkan bunting pelamin. Tg. Amalin masih tidak serik mengganggu Tg. Zaril. Suatu hari, tanpa segan silu, dia pergi ke pejabat Tg. Zaril. Bagi elakkan fitnah, Tg. Zaril menghantar Tg. Amalin pulang dan bagi amaran keras agar Tg. Amalin tidak mengganggu lagi. Tapi Tg. Amalin sempat memberi amaran, “Orang yang paling I benci adalah isteri you. I akan buat apa saja untuk buat dia rasa apa yang I rasa sekarang”. Tg. Zaril terkesan dengan kata-kata itu. Yuhanis pula kelihatan agak lemah sejak akhir-akhir ini. Dia tahu semua itu mungkin disebabkan tekanan masalah dan kerja sejak akhir-akhir ini. Suatu hari, Yuhanis pulang lebih awal dan memaklumkan pada Tg. Zaril yang terpaksa pulang lewat pula hari itu. Selesai mandi, Yuhanis mahu menyelesaikan sedikit kerjanya. Tapi dia mendengar bunyi tidak enak, dia menghubungi pengawal keselamatan di situ. Tapi pegawai menafikan terdapat sebarang perkara yang tidak baik di situ. Yuhanis lega. Tapi, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi benda berkaca jatuh dan pecah. Dia keluar dan terkejut melihat pasu kaca jatuh berderai tidak jauh dari pintu biliknya. Yuhanis suspen memandang sekeliling

Ian nak adik baru...#HatiPerempuan @tv3malaysia @tontonMY #Akasia Memahami hatimu lebih SUKAR dari memilikimu #TengkuZaril #Yuhanis #Bestcouple2015

Posted by Creative Skill Solution on Wednesday, May 13, 2015

Sayang macam kain sutera...#HatiPerempuan @tv3malaysia @tontonMY #Akasia Memahami hatimu lebih SUKAR dari memilikimu #TengkuZaril #Yuhanis #Bestcouple2015

Posted by Creative Skill Solution on Wednesday, May 13, 2015

Monday, May 11, 2015

Hati perempuan Episod 26

Yuhanis berkejar ke tepi sungai bagaikan orang gila. Tg. Zaril memang tergelincir tetapi sempat diselamatkan oleh abang-abang Yuhanis. Yuhanis naik angin lalu marahkan Tg. Zaril depan keluarganya. “Kenapa awak ni degil sangat? Awak ingat awak tu hebat sangat?” Kemarahan itu mengejutkan semua. Umar selamat bernikah, tetapi dia malu untuk bersanding walaupun keluarganya mendesak. Yuhanis menerima satu sampul surat gambar-gambar mesra Tg. Zaril dan Tg. Amalin. Dia sakit hati dan keluar mencari Tg. Amalin. Perkara sama juga terjadi pada Tg. Zaril. Dia menerima gambar-gambar lama Yuhanis dan Daniel. Dia turut ke hotel Tg. Amalin kerana yakin ini angakaranya. Tg. Zaril dan Yuhanis bertemu di situ. (jeng...jeng...) Tg. Zaqif dan Edrina pula selamat dinikahkan. Namun, semasa dalam perjalanan, Tg. Zaril dapat melihat air muka layu Yuhanis. Mereka berhenti di satu taman dan ketika itulah dengan lantang Tg. Zaril bertanya, “Sekarang ni cakap, apa awak nak tanya pada saya. Saya akan cerita semuanya”.

#HatiPerempuan @tv3malaysia @tontonMY #Akasia Memahami hatimu lebih SUKAR dari memilikimu #TengkuZaril #Yuhanis #Bestcouple2015 #Bahagia

Posted by Creative Skill Solution on Tuesday, May 12, 2015

Tahap kesabaran KuRil tercabar. ...#HatiPerempuan @tv3malaysia @tontonMY #Akasia Memahami hatimu lebih SUKAR dari memilikimu #TengkuZaril #Yuhanis #Bestcouple2015

Posted by Creative Skill Solution on Tuesday, May 12, 2015

Hati Perempuan Episod 25

Ayahanda dh balik..haha tak tau. Mesti marah habis dgn apa yg dh jadi. Apalagi bila lihat rmh tangga TZ-Anis yg bergegar teruk mcm dilanda ribut taufan tu. Anis ttp dgn kedegilannya. Tak nak dgr penjelasan TZ. Pdhal hatinya meronta2 nk tau kebenaran. Tg Hazimi ambil tindakan drastik. Secara rasmi dia buat sekatan Ku Lin masuk ke Paradigma & Paradiscar. Makin sakitlah hati si nenek kebayan tu. Mmg nmpak sgt, kalau tak dpt cara baik, dia dh rancang cara paling jahat. As long, TZ jd milik dia. Saiko giler perempuan ni. Hinggalah suatu hari, Tg Hazimi & Tg Durahtul adakan satu majlis perkenalkan Tg Aryan Ziqri pd wartawan. Sekali lg Anis tak puas hati sebab TZ tak de nk handle majlis tu. Semua dia serah kat ayahanda dia. Merajuk dgn tu, Anis balik JB. Tp sebenarnya sebab abg Umar dia nak kawin jgk. Yg menjadi kesalahannya, dia tak ajak TZ sekali. Akhirnya, atas nasihat ayahanda, TZ balik JB, konon nak pujuk bini yg hati batu tu. Tp sebaliknya, benda lain yg jadi.

"Hanis mintak maaf abang ...#HatiPerempuan@tv3malaysia @tontonMY #Akasia Memahami hatimu lebih SUKAR dari memilikimu #TengkuZaril #Yuhanis #Bestcouple2015"@creativeskillsolution @karyaseni

Posted by Penerbit Karyaseni on Monday, May 11, 2015

Drama HATI PEREMPUAN hari ini, jam 6.55 - 8mlm di TV3. Drama adaptasi dari novel hati perempuan. Jom tonton drama dan baca novel hati perempuan

Posted by Penulisan2u on Monday, May 11, 2015

Wednesday, May 6, 2015

Hati Perempuan Episod 24

TZ ada nak luar nikah dgn Ku Lin??!!! OMGG!!!! Itulah dakwaan si nenek kebayan tu & jelas tujuan dia jmpa Anis nk buat Anis yakin cerita terbarunya tu. Siap ada bukti lg. Jgn kata rmh tangga TZ-Anis bergegor, seluruh Paradigma gempa bumi. Tapi si TZ ni mcm lemau sgt nk cerita hal sebenarnya. Adik2 diapun naik runsing. Bkn apa, dorg takut kalau Tg Hazimi yg sdg berada di luar Negara tahu masalah berbangkit ni. Mesti mcm singa mengamuk ayahanda mrk tu kalau berita tu smpai ke telinganya. Entah kenapalah dr awal lg Tg Hazimi tak suke kat Ku Lin tu ye. Pdhal Ku Lin tu anak sedara dia. Apatah lg bila kecoh di media social, Tg Zarul yg selama ni ada bongkah emas dlm mulut dia, tiba2 mengamuk marahkan Ku Lin. Kecut sendi jgk lah si Ku Lin. Apa nak jd dgn rmhtangga TZ-Anis dgn berita terbaru ni? Betul ke baby tu anak TZ & Ku Lin? Apa jd kat baby tu & kat mana dia sekrg?

[PROMO] Episod 24''Daddy dah tak ada anak lain tau, bagitau kat mummy''#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Thursday, May 7, 2015

[PROMO] Episod 24''Tak de orang yang boleh gantikan tempat Sayang dalam hati Abang"#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Wednesday, May 6, 2015

Tuesday, May 5, 2015

Hati Perempuan eps 23

Yuhanis sudah tamat tempoh berpantangnya. Tidak lama lagi, dia akan memulakan tugasnya di Paradiscar. Namun, dia resah kerana tiada pengalaman sebagai peneraju utama sebuah organisasi. Tapi, Tg. Zaril memberikan keyakinan padanya untuk yakin pada diri sendiri. Tiada siapa yang tahu Tg. Amalin sudah pulang ke Malaysia. Dia sibuk mencari informasi terkini tentang Tg. Zaril dan Yuhanis. Dia juga dapat tahu bahawa Yuhanis kini telahpun menerajui Paradiscar. Pembantu rumah Tg. Zaril mengadukan padanya, dia merasakan seperti diperhatikan setiap kali membawa Tg. Aryan bersiar-siar di luar. Dia tidak berani untuk mengadukan hal tersebut pada Tg. Durahtul dan Yuhanis kerana tak mahu mereka bimbang. Tg. Zaril meminta pembantu rumahnya itu merahsiakan perkara itu, walhal Tg. Durahtul seperti dapat mengagak sesuatu yang tidak elok sedang berlaku. Suatu hari, Syed Amar terlihat Tg. Amalin sedang ‘berurusan’ dengan seseorang dan berasa tidak senang hati. Lalu, dia mengadukan perkara tersebut pada Tg. Zaril yang sudah tentunya mengejutkan Tg. Zaril. Suatu hari, tanpa diduga, Tg. Amalin datang sendiri ke pejabat Paradiscar untuk ketemu Yuhanis. Tetapi, kemunculannya disedari Tg. Zarul lalu menghubungi Tg. Zaril untuk tindakan selanjutnya. Yuhanis pula terkejut melihat Tg. Amalin kerana dia tidak sangka Tg. Amalin sedang berdiri dengan senyum sinis di hadapannya kini setelah fitnah dilakukannya sebelum ini.

Scene menarik Ep23 #HatiPerempuanhttp://kepalabergetar2u.blogspot.com/2015/05/scene-menarik-episod-23-hati-perempuan.html

Posted by Kepala Bergetar on Wednesday, May 6, 2015

[PROMO] Episod 23 hari ini..''Ada org tukan dia tak malu, dia nak masuk meminang kita'' <3Sweet family #TengkuZaril #Yuhanis #TengkuAryanZiqri#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Wednesday, May 6, 2015

''Kat rumah biasanya Syg pandang muka Ian je.Muka Abg tak pandang pun''''Takkan dgn anak sendiri nak jeles'' :D#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Saturday, May 9, 2015

Monday, May 4, 2015

Hati Perempuan Episod 22

EPISOD 22 Dah namanya rumah tangga Tg. Zaril – Yuhanis. Kalau tidak ada perselisihan faham, memang tak sah. Sehinggakan soal Tg. Zaril mengupah pekerja untuk renovasi rumah ibu Yuhanis sempena pernikahan abangnya sendiri turut dipertikaikan Yuhanis kerana Tg. Zaril tidak berbincang dengan dia dulu. Tg. Zaqif pula sedikit kecewa bila Edrina menangguhkan dulu pernikahan mereka kerana mahu menghabiskan pelajarannya dulu. Tg. Zaril menasihatkan Tg. Zaqif agar bersabar kerana keputusan Edrina itu baik untuk masa depannya. Lagipun, wanita sekarang tidak suka hidupnya diatur lelaki. Tiada bezanya antara Edrina dan Yuhanis. Tg. Zaqif akur dengan nasihat abangnya. Kandungan Yuhanis yang semakin memberat membuatkan dia kelihatan lemah sejak akhir-akhir ini. Tn Izzudin terpaksa memberikan cuti awal kepadanya, tapi dia terkejut bila Yuhanis menghulurkan surat perletakan jawatan.. Akhirnya, Yuhanis selamat melahirkan anak lelaki, Tg. Aryan Ziqri. Sepanjang Yuhanis dalam pantang pula, Tg. Zaril melakukan segalanya untuk dia dan bayi. Kalau boleh, Tg. Zaril tidak mahu terlalu menyusahkan bonda dan mertuanya. Sebab itulah bila ibu Yuhanis menawarkan diri untuk menjaga Yuhanis di JB, Tg. Zaril menolak dengan baik. Sepanjang itu, Tg. Zaril tidak punya masalah. Adik-adiknya juga ringan tulang untuk membantu. Tapi kadang-kala timbul aksi-aksi mencuit hati antara mereka bertiga seperti cerita “Three man and a baby”, lucu sangat. Yuhanis terharu dengan apa yang dilakukan suaminya. Tg. Amalin pulang semula ke Malaysia... ~BERSAMBUNG~

Scene menarik Ep22 #HatiPerempuanhttp://kepalabergetar2u.blogspot.com/2015/05/scene-menarik-episod-22-hati-perempuan.html

Posted by Kepala Bergetar on Tuesday, May 5, 2015

Hati Perempuan Episod 19

''Lagi2 lawan cakap suami, Allah bayar cash'' - #TengkuZarilBagus cara seorg suami menegur si isteri, lembut je.. She's not a rude wife all the time la.. :)#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Friday, May 1, 2015

Kurangkan manis dalam pemakanan... #HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Thursday, April 30, 2015

"Abang akan tetap ada dengan sayang" - #tengkuzaril

Posted by Hati Perempuan on Friday, May 1, 2015

Hati Perempuan Episod 20

''Senyum'' :)#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Sunday, May 3, 2015

''Kalau mengalah tak bermaksud kita kalah''#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Sunday, May 3, 2015

nah Burung tua yg baru :D#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Saturday, May 2, 2015

Hati Perempuan Episod 21

Apa lagi tak kena dgn si Anis ni? Jmpa Daniel dia emo, bila TZ arahkan org jemput adik dan mak dia kat JB, dia bantah. Kdg2 TZ nmpk mcm habis ikhtiar je kan. Tp satu kenyataan dari mak Anis buatkan Anis sedar yg dia sebenarnya bertuah memiliki TZ sbagai suami. Ha...baru nk sedar diri. Mujurlah TZ ni dah kebal hati, tak kuasa lagi nak merajuk dgn bini yg hati batu ni. Sejak itu, Anis semakin sayang pd TZ. Tp dia ambil keputusan utk tidak hadirkn diri pd hari nikah Daniel wpun TZ ada mengajak. Mgkin itu tindakan yg baik buat sementara ini. Namun akhirnya, Anis & Daniel masing2 sedar yg mereka berdua hnya ditakdirkan utk bersahabat. Si rambut bonzai aka Tg Zaqif pulak dh berani bwk Edrina jmpa family. Dan seperti dijangka, Edrina pun diterima baik oleh keluarga tengku tu. Sweet kan keluarga tengku ni..tak kira pangkat dan kedudukan. Kandungan Anis makin memberat dan kini dia dah bersedia nak ambik alih paradiscar lepas bersalin nanti. Tapi, suatu malam...jeng jeng jeng...hehehe...version nk bg sakit hati sbb suspen..kihkih..

Exercise bersama #TengkuZaril & #Yuhanis :)Akhirnya, senyum & gelak Yuhanis kembali, forget the past & move on.. Tengku Zaril is a good husband :D#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Monday, May 4, 2015

Bakal daddy & mummy berdating <3#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Monday, May 4, 2015

''Nak jus mangga, baby yg nak''Comelnya Yuhanis.. hehe#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Monday, May 4, 2015

Wife tersayang..#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Wednesday, May 6, 2015