Friday, February 1, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 15

Episod 15
Eriza mula kecewa bila dengan sikap Zain yang tak mengendahkan dirinya. Datin Adibah datang buat kejutan kerumah untuk mengucapkan tahniah pada Ersalina. Malanagnya Mummy Zain dapat menghidu rumah tangga anaknya tidak bahagia. Datin Adibah Memberi cadangan pada Zain dan Ersalina pergi Honeymoon untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang. Dalam terpaksa Zain terpaksa bersetuju demi menjaga hati mummynya. Ikram yag sering datang menggangu Ersalina membuatkan Ersalina tak senang duduk. Ersalina terus merayu agar Ikram jangan datang dan mengganggu dirinya lagi kerana Ersalina telah berkahwin. Hadi mengambil peluang untuk menghasut Ersalina supaya tinggalkan Zain jika Zain berterusan memberi layanan buruk pada diri Ersalina.

Hadi dan Zain makan malam. Bila Zain terdengar jari El terpotong masa potong sayur,terus termuntah Zain..
yela dia kan pembersih orangnya.



Ikram masih datang ke rumah El untuk mohon maaf.Nasib baik timing baik. Zain tak jumpa Ikram,El pura-pura ambik surat.
Tetiba je Mummy dan Papa Zain datang rumah,terkejut Zain.Boleh pulak Zain minta Mummy tunggu kat dalam kereta.Nyaris-nyaris terkantoi.El terkejut sampai tertampar Zain.haha.
 



Depan Mummy dan Papa.El dan Zain pura-pura jadi pasangan romantik.Mummy yang tinggal bilik El,syak yang El dan Zain tidak tidur sebilik,disebabkan banyak barang El ada di bilik tu.

Buat pertama kali, Zain meluahkan perasaan kecewanya pada El. Papa mencadangkan untuk Zain dan El untuk pergi honeymoon. Zain menolak.Mummy cuba memujuk Zain agar menerima El seadanya dan Hady mencadangkan untuk diorang pergi honeymoon ke luar negara dan sekali lagi Hady dengan cadangan BERNASnya supaya Zain melepaskan El.
Ikram masih cuba memujuk El. El ketakutan,nyaris Mummy tak syak apa-apa.

Idea bernas Hady pada Zain - gunakan Eriza utk buat El cemburu,pandai sangat la Hady ni.

Ikram datang ke rumah. Hady pulak ternampak,pastu buat cerita kat Zain.Apa lagi mengamuk la Zain. Yang Hady pulak siap ambik video El kena torture dengan Zain. 

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 14

Episod 14
Ersalina mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia meminta izin Zain untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tetapi Zain tidak benarkan. Dalam masa yang sama Ersalina terkejut bila Ikram datang berjumpa dengannya. Ikram mengharapkan kepastian anak yang gugur dulu adalah anaknya dan Ikram ingin bertanggungjawab. Eriza mula rapat dengan Zain dan Zain pula rasa lemas bila Eriza cuba mengorek cerita tentang rumah tangganya. 
Zain masih membeku dengan El. Asyik cari El je.Hobi baru ke??




Tibala masanya keputusan SPM keluar.
El dapat keputusan yang cemerlang. Tapi masih merahsiakan sikap sebenar Zain padanya kepada Mama.
Balik ke rumah kena herdik lagi dengan Zain.
Depan mengamuk,belakang intai.Sekali padan muka, hidung kena hantuk.Haha
Ikram datang jumpa Mama El-nak jumpa El la tu.

El cuba pujuk Zain untuk sambung belajar.tapi jawapan yang dah boleh agak..Tak boleh boleh punya.
 



Tetiba Ikhram muncul. El terkenang kisah silamnya.Astafirullahala'zim.
Mujur Zain tak patah balik
Ikhram cuba memujuk El.El tak dapat terima.
Boleh pulak Ikhram ni nak bertanggungjawab!!How??

El marahkan Zehra kenapa tak bagitau Ikhram nak balik Malaysia.
Zain masih rindukan El. Hady pula cucuk jarum.Suruh bukak buku baru. Bila Ezira datang, Hady terus bla,
SENGAJA!nak suruh Ezira gediks pikat Zain konon.






Hady datang rumah  Zain.Rajin pulak Hady nak tolong El.NAK TOLONG ZAIN NAMPAK DIORANG BERDUA-DUAAN. tension dengan Hady.Kawan nak tikam kawan


Drama Setia Hujung Nyawa Episod 13

Episod 13
Episod air mata.... Hady memujuk Zain agak Zain menceraikan Ersalina. Ersalina cuba berbaik dan membuat sesuatu yang Zain suka. Ersalina tidak berputus asa walaupun hakikatnya Zain tidak suka dan marah padanya. Abang dan mama Ersalina mengajak Ersalina kerumah untuk berkumpul sekeluarga tetapi tidak mendapat keizinan Zain. Ersalina terpaksa membuat alasan agar keluarganya tidak terasa dan Ersalina menyembungikan hal rumah tangganya yang tidak bahagia. Dalam kekeruhan ini Hady mengambil peluang memperkenalkan Eriza. Eriza yang dari dulu meminati Zain amat seronok bila hady berbuat sedemikian.

Hady mencadangkan agar Zain melepaskan L daripada Zain terus-terusan menyiksa L. L minta izin untuk bermalam di rumah mamanya dengan alasan sunyi ditinggalkan Zain yang selalu bermalam di rumah Hady. Tapi Zain tidak izinkan dan tetap mengherdik dan memaki L. L hanya mampu mengadu dengan Zehra teman baiknya, tapi bila berhadapan dengan mamanya L berlagak seperti dia bahagia.

L membuat persediaan menyambut belated besday Zain dengan menyediakan kek. Namun Zain bertindak melempar kek kemuka L.




Mama tertanya-tanya kenapa El tak boleh balik ke rumahnya. El cuba menafikan yang Zain tak benarkan.
Hadi sibuk je tanya perkembangan El dan Zain. Sekali lagi El diherdik bila dia meminta kebenaran utk pulang ke rumah Mama.
Hadi memberi semangat pada Zain. Namun.. Zain belum puas membuli El. Zain ambik kesempatan utk keluar berhibur dengan Hadi.Namun Zaqwan nampak kelibat Zain.

Di rumah, El menyambut birthday Zain dengan harapan Zain gembira.Malangnya, El dilempar dengan kek. Kejamnya Zain ni.tau la marah,tak payah buat sampai macam tu sekali.
El sedih giler dengan sikap Zain. Zain pulak menyesal atas perbuatannya.Tau pulak nyesal.
Tetiba pulak muncul ex Zain Eliza dan  Hadi yang mula merancang sesuatu supaya  Eliza berjaya  memikat Zain semula.

Mama Zain cuba memujuk Zain yang disangka sedih atas keguguran El.Hadi datang ke rumah Zain untuk berjumpa dengan Zain.Apa motif Hadi?

El minta nasihat Zehra.. Zehra cadangkan El berpisah je dengan Zain. 
Mama masih merahsiakan masalah El dari suaminya.Papa El masih tertanya-tanya apa masalah El sebenarnya.

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 12

Episod 12
Kemarahan Zain masih membara. Carian dan cemuhan dari Zain sudah menjadi makanan harian Ersalina bila Zain dirumah. Tangisan dan airmata menjadi teman setia Ersalina. Ersalina menghubungi kawan baiknya Zehra dan menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya. Zehra marah dan memberitahu bahawa abang perlu bertanggungjawab pada Ersalina. Tetapi Ersalina merayu demi perkahwinannya dengan Zain. Zain yang banyak menghabiskan masa dirumah Hady. Hady berpura-pura memujuk Zain agar berbaik - baik dengan Ersalina. Mama Ersalina terlalu bimbangkan Ersalina hingga mengganggu kesihatannya ditambah pula Abah Ersalina kian berubah. 


El mengaku yang dia terlanjur pada Zehra( girls, jaga diri ok,jangan mudah terpedaya kerana cinta)
El nak Zehra beri sokongan pada dia. 









Hadi cuba bantu Zain selesaikan masalah. Zain mula rasa simpati pada El. Namun di depan Zain tak dapat menahan sakit hatinya..
Mama risau akan El. Zaqwan cuba tenangkan Mama.

Zain terus menghina El.Zaqwan masih menyalahkan Zain..
Zain suruh El makan ubat. El gembira kerana Zain masih ambik berat. 

Tapi Zain cuba menutupinya dengan kata-kata yang dia nak El hidup supaya dia dapat balas perbuatan El terhadapnya.yeke?
Mama nak datang rumah.El minta kebenaran dari Zain. Zain beri warning pada El supaya tak mengadu pada Mama hal mereka. oo dia mengadu kat Hadi takpe!

Mama tahu El tersiksa dengan sikap Zain.El terima seadanya kerana dia merasakan inilah balasan terhadap kesilapannya.

El akhinya membuka pekungnya. Dia sendiri yang rela tanpa paksaan.
Hadi gembira bila Zain sudah mula membenci El.Siap hanta mesej kat El lagi.(selalu dalam drama Melayu,perempuan je yang buat macam ni,kali ini twist pulak)

Zain berjumpa dengan Hadi lagi.Dia mula tension dengan keadaan sekarang.Hadi ni kejap sokong Zain dengan El,kejap tak.
Mama gembira Zaqwan menyokongnya. Nasib baik ader Wan,kalau tak gila Mama jadinya.Papa El ntah ke mana,sibuk dgn keje je.Mama El nak El balik ke rumah mereka.Zaqwan menjengah ke rumah El utk ajak El balik ke rumah.Namun Wan dapat rasakan El pelik semacam je.
(Rumah diorang-rumah yang sama dengan  rumah Ain dalam drama Adam dan Hawa..tengok tirai pun dah kenal.hihi

Zain tak benarkan El balik ke rumah Mama.Zain masih lagi menghina El dengan kata-kata sinis dan pedih.




*sedihnya episod nie....

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 11


Episod 11
Zain terlalu kecewa dan melepaskan marahnya pada Ersalina. Ersalina kecewa bila mamanya menyembunyikan rahsia yang dia mengandung. Mama Ersalina cuba merayu pada Zain agar menerima Ersalina seadanya. Ersalina malu untuk berdepan dengan suaminya Zain dalam keadaan ini. Ersalina terus bersedih dan meratapi nasib dirinya. Hadi pula umpama main tarik tali. Dia cuba memujuk Zain supaya tidak marah- marah dan dia juga memasang niat jika Zain melepaskan Ersalina Hadi sanggup menggantikan tempat Zain. Zain mengambil keputusan membawa Ersalina balik kerumah mereka. Walau pun dibantah oleh kedua orang tuanya. Zain memberi alasan untuk berlajar menjaga Ersalina dalam pantang tapi sebenarnya Zain hanya ingin menyakiti dan memarahi Ersalina . 




 
El tak boleh terima. mama cuba tenangkan el.
Mama hampir pengsan memikirkan El. Zain dah mula membenci El. El tak habis-habis meminta maaf pada Zain. El mohon peluang pada Zain,namun Zain tak dapat terima El lagi. Zaqwan dan Papa masih tak tahu lagi pasal El. Walaupun begitu marah pada El, Zain masih berlakon depan ibubapa dan keluarga mertuanya

Sedih je bila Mama ucap kata-kata ni.



Tiada insan  suci tanpa dosa masa lalu
Tiada insan yg berdosa gelap masa depannya

Ibu mana yang sanggup lihat penderitaan anaknya.
Dr. Suria cuba memberi motivasi pada El. Zaqwan cuba mengetahui apa yang berlaku.
Mama juga tertekan hingga menyalahkan diri sendiri  kerana tak mendidik El dgn baik hingga terlanjur.
 



Sian kat Mama, El yang buat,mama yang risau. Dr Suria menenangkan Mama.Mungkin El dipaksa atau dirogol. Satu kesimpulan yang terfikir oleh Mama.(rela@paksa-hanya El yang tahu)
Zain serabut fikirkan tentang dia dan El).
Depan Mama bukan main lagi  Zain berlakon.
El menerima segala cacian,cercaan Zain kerana dia tahu itu adalah salahnya. 
El cuba nak buat breakfast utk Zain,tapi tak larat dan masih pening.Kena perli lagi dengan Zain.
Ha,naper?pening?Ada isi lagi tu.Pedih El mendengarnya
El tetap bersabar.
Zain juga masih tak dapat terima kerana dia terlalu mencintai El.Sakit hatinya lebih dari cintanya. Zain keliru
El masih berusaha utk memohon ampun dari Zain. Namun Zain memberi tamparan berbisa. 
Betul kata Zain,yang El perlu mohon ampun dari Allah, kerana dia telah menipu dirinya dan keluarganya.
El terus menangisi nasibnya. Zain masih buntu.
Hadi bagi cadangan baik punyer. Kalau kau taknakLepaskan dengan cara baik.(Hadi suka la tu). Zain bagitau kat Hadi,aku takkan sesekali lepaskan dia.

 

Lagu Setia Hujung Nyawa Full Version


sing by Fiq feat Gjie feat Mell

Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa melupakan salahmu
resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan kau pergi
jauh dari ku lagi
Sesungguhnya cinta kita
SETIA KE HUJUNG NYAWA

Bila tersedar
betapa tulus cintamu
biar apa pun yang menghalangnya
takkan pernah pisah dari diriku
menjaga cintamu

Tuhan tolonglah aku
 aku satukan aku dengan dirinya
selamanya

Maafkan aku,
melukakanmu

Cinta jangan kau pergi
jauh dari ku lagi
Sesungguhnya cinta kita
SETIA KE HUJUNG NYAWA

Cinta ku tetap di sini
tak pernah jauh darimu