"Titik - titik
duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi
sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."
Kini
novel ini telah diheret ke adaptasi drama. Sejak kebelakangan ini
beberapa novel keluaran Karyaseni telah direbut oleh penggiat seni untuk
diadaptasikan. Ramai yang suka dan pula sebaliknya. Itu biasalah ragam
manusia. Penulis Zura Asyfar menulis sebagai suka- suaka penghujung
2010 dan mula serius pertengahan 2011 kini telah lahir sebuah novel yang
setebal 897 muka surat . Cerita cinta dan pengorbanan yang diterapkan
dalam novel ini.
Jom
kita review sedikit novel ini sebelum kita tangok adaptasi drama di
penghujung bulan ni di slot Zehra di TV3. Menceritakan Syafa Aqira
berubah nasibnya kerana satu kejadian yang tidak dijangka dalam
hidupnya. Dia terpaksa berkahwin dengan adik kekasihnya Firash. Farish
yang terlalu kecewa terlibat dalam satu kemalangan maut. Syaf terpaksa
menyembunyikan perkahwinannya dengan Firash atas kemahuan Firash. Namun
Syaf akur dan redha dengan kehendaknya. Mereka cuba belajar untuk
memahami dan memperbaiki perhubungan tanpa cinta. Saat cinta hadir ada
saja dugaan yang mengundang. Kehadiran Haqimy abang sepupu dan Raimy
abang tirinya Firash mengundang rasa cemburu pada Firash. Raina yang
tidak putus-putus mengharap cinta Firash mengusutkan keadaan. Dengan
bantuan papa Firash hubungan mereka menjadi baik setelah Syaf membawa
diri meninggalkan Firash. Hubungan Firash dengan papanya juga semakin
baik. Sebelum ini hubungan Firash renggang akibat Firash tidak
bersetuju papanya berkahwin dengan mama Raimy dan Riana dan mengabaikan
Mamanya. Puan Aida berkahwin dengan papanya semata-mata kerana harta.
Sinopsis dari kulit novel
Cinta pertama tidak
semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup
bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan.
Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus
di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu
lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang
dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan
ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik
lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin
perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi
sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan
untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang
mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak
dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan
Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar
pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash
ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya
mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu
kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula
menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa
pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya
ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok
filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan
kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang
menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak
disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya
pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar.
Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah
terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi
mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun
apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah
adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik
mereka?
Sedikit petikan-petikan dari novel
Kerana kejadian itu
"YA ALLAH, Firash! Syaf!!!"
Firash
menelikkan sedikit kelopak matanya apabila telinganya menangkap bunyi
suara yang seakan-akan menjerit. Dia merengus perlahan dan cuba menutup
mata kembali kerana merasakan kepalanya yang sedikit pening. Namun suara
yang memanggil namanya sedikit kuat daripada tadi itu terus sahaja
menyegarkan matanya. Perkara pertama yang menyapa pandangan matanya
ialah seraut wajah yang amat dia kenali . Syaf? Macam mana Syaf boleh
ada dengan aku ni? Mindanya cuba memproses apa yang sedang berlaku. Dia
bingkas bangun dan cuba duduk bersila dikatil. Selimut yang menutup
tubuhnya yang tidak berbaju itu melorot jatuh.
"Tak
guna punya adik, kekasih aku sendiri pun kau rembat!" Teriakan
seseorang serta tumbukan kuat terasa dipipinya. Berdengung rasa
telinganya akibat tumbukan itu. Serta-merta dia memalingkkan wajah ke
arah seseorang yan menumbukknya dengan pandangan tajam.
"Farish?
Kau kenapa?" soalan geram. Terasa cecair hangat mengalir dicelah
bibirnya. Farish merenungnya dengan tajam. Masing-masing berlawan
pandangan.
"Kau
boleh tanya aku kenapa? cuba kau tengok apa yang dah kau buat??" Farish
menuding jari ke arah Syaf yang masih lena tidak berkutik disebalah
Firash. Firash panar. Air liurnya ditelan kesat. Macam mana boleh jadi
macam ni?
""Err..
aku.. aku tak tahu." Tergagap-gagap Firash bersuara apabila menyedari
apa yang sudah terjadi. Dia mengerling kearah tubuhnya yang tidak
berpakaian.
"Aku
tak sangka perangai kau seteruk ni.." sambung Farish lagi dengan nada
sedikit mengendur. Hancur luluh hatinya bila melihat apa yang tidak
sepatutnya berlaku. Tubuh Syaf yang sudah mula bergerak-gerak sedikit
itu dipandangnya dengan sayu. Ya Allah, sakitnya hati aku tengok dia
orang berdua ni!
'"da
apa ni?" Syaf menggosok-gosok mata dengan suara sedikit serak.
Terganggu tidurnya dengan suara berbalas jeritan. Matanya menangkap
kelibat Farish yang merenung tajam.
"Jangan
buat tak tahu dengan apa yang dah berlaku." Sindiran Farish pada Syaf.
Syaf yang mul menyedari sesuatu itu memandang Firash yang sedang
terkocoh-kocoh memakai pakaian. Serentak itu dia memandang ke arah
tubuhnya yang dibaluti dengan selimut. Apa yang telah terjadi?
"Sumpah
rish, Syaf tak tahu apa yang berlaku ni!" Syaf ula enangis. Gaun labuh
yang tersingkap ke atas tubuhnya itu dibtulkan.. Seketika matanya
tertancap padacadar berwarna lembut itu. Hampir terbeliak matanya
melihat beberapa tompokkan cecair berwarna disitu. Ya Allah. betulkah
semua ini realiti? Farish mendekati Syaf. Matanya juga menghala ke arah
pandangan Syaf.
"Tak tahu apa yang dah berlaku? Kalau tak ni apa ? Farishnmenuding jari ke arah cadar itu.
Hati si ibu hancur, semuanya sudah terlambat. Bila si ibu membuat keputusan ada hati yang terluka
"Mama
nak Firash kahwin dengan syaf secepat mungkin. Kita takkan tahu apa
yang berlaku. Mungkin Syaf akan mengandungjika perkara malam tadi
betul-betul berlaku." Datin Farizah mahu anak bungsunya itu
bertanggungjawab diats kejadian pada malam tadi. Siapa pun yang
bersalah, perkara itu telah pun berlaku. Farish memandang Syaf tidak
berkelip. Seperti tidak percaya akan keputusab mamanya itu.
"Farish,
mama harap Farish menerima keputusan mama ni. Ini kebaikan mereka
berdua jugak," pujuk Datin Farizah memandang ke arah Farish yang hanya
berdiam diri. Terpamer raut kecewa diwajah anak sulungnya tu.
"Okey.
Aku harap kau kahwin dengan dia. Aku pun tak nak kahwin dengan
perempuan yang tak suci lagi!" balas Farish lalu mendaki tangga ke
tingkat atas. Air mata mula mengalir dipipi abu Syaf. Rish , sampai hati
Rish cakap macam tu..!
"Farish!
Apa ni cakap macam tu kat Syaf?" Lelah Datin Farizah mahu menangani
perangai kedua-dua anak lelakinya. Masing-masing keras kepala. Sesak
rasa dadanya ketika ini.
"Ma,
Firash takkan kahwin dengan dia." Firash cuba untuk membantah cadangan
mamanya. Ada ke patut aku kahwin dengan perempuan tua empat tahun
daripada aku? So ridiculous! Ingat aku ni tak ada perasaan ke sampai
suruh kahwin dengan perempuan ni?
"Denar
sini , Firash! Nak atau tidak, Firash kena kahwin jugak dengan Syaf.
Mama tak nak anak lelaki mama lari daripada tanggungjawab. Mama tak
pernah ajar anak mama macam tu." Tegas Datin Farizah menuturkan
kata-kata. Firash mengeluh perlahan. Macam mana aku nak elak daripada
kahwin dengan perempuan ni?
Segalanya dipermudahkan tetapi hati yang luka terus pergi buat selamanya. Farish meninggal dunia akibat kemalangan.
"Helo," sapanya dengan nada tidak sabar.
"Helo.
Aku ni. Datang cepat ke hospital. Farish dah tak ada. " Lututnya terasa
menggigil apabila mendengar ayat terakhir daripada Firash itu. Air mata
terasa mula memenihi tubir matanya.
"Helo,kau dengar tak ni?" sedikit suara Firash ditalian. Syaf tersentak. Dia menarik nafas perlahan, cuba untuk bertenang.
"Ye
, aku dengar. Nanti aku datan." balas Syaf berlahan. Lalu sahaja dia
meletak gagang telefon itu sambil tangannya memegang sofa.
Innalillahiwainnailahirrojiun, sambungnya didalam hati. Tubuh Datin
Farizah yang masih tebaring itu dipandang seketika sebelu ir direnjiskan
je wajah ibu mertuanya itu.
"Ma
,bangunlah ma. Fa.. Farish dah tak ada..." ngongoinya dalam esakan.
Tidak sanggup lagi menanggung kesedihan yang tidak putus-putus datang
melanda.
Memenuhi permintaan Firash perkahwinan mereka dirahsiakan. Tapi sampai bila..!!!!
"Tunggu
kejap!" Arahan daripada Firash mengganggu ketenanagan yang baru sahaja
dikecapinya. Dia berpaling dan mendapati lelaki itu edang
menghampirinya.
"Ingat kata-kata aku dulu. Jangan bagi tok wan tahu pasal ni."
"Yelah,"
balas Syaf malas. Dia sudah bosan mendengar ayat itu. Asyik disebut
berulang kali sahaja ditelinganya. Entah apalah yang hendak ditakutkan.
Takut jatuh sahamlah tu sebab kena kahwin muda! Syaf mencebik.
"Okay,
bye my wife." Firash menyimpul senyum sambil memuat isyarat selamat
tinggal. Syaf berkerut dahi memandang kelibat itu yang sudah hampir
menghilang ke suatu tempat. Ah! Ikut suka dialah nak pergi mana-mana
pun! Dia kembali memaku pandang pada sekeliling rumah. Kelibat Datin
Farizah yang sedang berjalan dengan seorang wanita tua yang berusia
akhir enam puluhan itu mengapa matanya. Kelihatan wanita tua itu sedang
memegang sebilah parang panjang. Hanya berkain batik serta berbaju
kurung Kedah sahaja. Syaf mengukir senyum dan berjalan perlahan menuju
ke arah mereka berdua.
"Ha SSyaf... inilah tok wan, emak mama." Datin Farizah memperkenalkan wanita tua itu. Syaf menghulurkan tangan untuk bersalam.
Mata tua tidak pernah menipu....
"Kalau
tak silap pandanagan mata tua mak ni, mak rasa yang dia tu bukan anak
dara lagi,kan? Tersentak Datin Farizah mendengar kata-kata ibunya itu,
Baju yang hendak dilipat akhirnya diletakkan kembali di riba. Dia
mengeluh perlahan dan merapatkan sedikit kedudukan dengan ibunya.
"Sebenarnya dia dah kahwin." Dan kala itu ibunya pula terkejut. Matanya tajam memerhatikan Datin Farizah.
"Dah
Kahwin? Siapa suami dia ? kau bawak isteri orang balik tanpa
pengetahuan suaminya ke ? Bardoasa tu Zah." Laju sahaja ibu Datin
Farizah membebel. Datin Farizah tersenyum melihat gelagat ibunya itu.
"Tak
berdosanya, Mak. Suami dia ada je kat sini," balas Datin Farizah
tenang. Mungkin sudah tiba masanya untuk menceritakan hal yang sebenar
kepada ibunya. Sekurang-kurangnya ibunya itu tidak terlalu terkejut jika
dapat tahu hl ini daripada orang lain.
"Apa
maksud kamu ni, Zah? Mak kurang faham," sambung ibu Datin Farizah.
Berkerut dahinya cuba memahami kata-kata anaknya itu. Makin
berlapis-lapis jadinya memikirkan kata-kata Datin Farizah.
"Firash dan Syaf. Dia orang sebenarnya dah kahwin pun."
"Ha?
Fi ... Firash tu dah kahwin dengan budak Qira tu? Masya-Allah! patutlah
mak tengok Si QIra tu pernah masuk bilik Firash. Tapi bila masa dia
orang kahwin? Ada apa yang mak tak tahu ke ni?" soalnya lagi.
"Sebenarnya dah dua bulan lebih dia orang berdua berkahwin. Sebelum arwah Farish meninggal lagi," Datin Farizah tenang menjawab.
Riana terus mengejar Firash, malah dia sanggup lakukan apa saja asalkan Firash jadi miliknya.
"So,
kau orang dah call orang pejabat agama?" tanya Raina dengan tidak
sabar. Bimbang juga jika Firash sedar sebelum orang-orang pejabat agama
datang. Musnahlah rancangannya nanti.
"Dah
bos. Kejap lagi sampailah tu," ujar si pemuda yag berkulit gelap
sedikit. Dia memandang ke arah rakannya sebelum mengangguk.
"So
upaj kami orang?" tanyanya dengan sengihan. Riana mengeluh kecil
sebelum pergi mendapatkan tas tangan yang berada di sofa. Satusampul
berwarna coklat dihulurkan kepada mereka. Laju sahaja tangan si rambut
ikal menyambut dengan senyuman lebar.
"Okeylah bos. Next time kalau ada job, boleh cari kamil lagi "
"Eyelah. Janji lepas ni kau kalau kita terjumpa , masing-masing tak kenal."
"Don't
worry, bos. Kami profesional. Okeylah, kami pergi dulu," balas si
ranbut ikal sebelum mereka berdua nenapak ke pintu. Raina mengekoro
mereka berdua sebelum mengunci pintu. Seketika kemudian Raina memasuki
bilik yang menemparkan Firash itu. Raut wajah kacak yang sudah lama
diidamkannya itu direnung penuh makna. Dia menapak menuju ke satu
kabinet sederhana besar itu untuk menghidupkan alat perakam video.
Selepas
itu. Dia kembali kekatil. Akhirnya kau jadi milik aku juga, Firash
Arshad! Raina ketawa kecil sebelum memanjat katil. Dia berbaring di
sebelah Firash sambil merenung setiap inci wajah Firash yang lena tidak
berkutik.
Semuanya kerana cemburu...
"Aku
tak suka orang tipu aku sedangkan sudah terang-terang lagi aku nampak
kau berpeluk dengan dia!" Sebafas Firash menuturkan dengan nada sedikit
keras. Dia melangkah menuju kerah isterinya.
"Aku
tak berpeluk dengan dialah! Aku nak jatuh tadi. Tapi dia sempat sambut
aku." Syaf memberi alasan. Mamang pun dia hendak jatuh tadi sebab
berlanggar dengan Raimy tu. Mungkin masa itulah agaknya Firash nampak
dia berpeluk sedangkan hal yang berlaku bukannya begitu.
"Mata
aku tak buta lagilah! Aku sendiri nampak kau berpeluk tadi. Kau tu
isteri aku... Mana boleh peluk lelaki lain!" bentak Firash mencerlung
marah. Sakit hatinya mendengar alasan yang diberikan oleh isterinya itu.
"Ya
Allah kau ni! Aku dah kata yang aku tak sengaja,kan? Tadi aku nak
jatuh, sebab tu kami terpeluk." Syaf cuba mengaskan kata-katanya walau
hatinyagerun melihat wajah Firash yang sudah menyinga.
"Masalahnya kau dah berpeluk dengan dia! Sejahat-jahat aku, aku tak pernah pun peluk perempuan lain!!" sambung Firash lagi.
Dipetik dari : http://eizzara-eizzaty.blogspot.com/2013/03/novel-sebenarnya-saya-isteri-dia.html