Wednesday, April 17, 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia Episode 1





 


Episode bermula dengan prolog novel-budak-budak mengaji. Achad(Firash) bukan main lagi luahkan perasaan dia pada Kira(Syaf).
Masa berlalu. Achad dan Kira dah besar.
Firash dan Syaf  dalam perjalanan ke rumah Rania dan Raimy sempena hari jadi diorang. Farish pulak  masih di pejabat. Syaf sorang-sorang hadir ke majlis Rania.Raimy mula cuba nak mengorat Syaf,tapi tak berjaya.aduhai party dia.
Muncul pula Firash sambil bawa hadiah.Dengan gaya poyo Firash bagi hadiah pada Rania.Rania dengan gembira ingatkan Firash bagi hadiah rantai pada dia,tapi rupanya BUKU NOVEL.hehe.terkena Rania.Firash sengaja buat Syaf tak senang, dengan pertanyaan yang menyakitkan hati. Rania dan Raimy mula rancangan jahat mereka-beri Firash dan Syaf minuman yang mengkhayalkan.
Syaf mula pening dan cuba berehat di bilik.Firash pun mula naik ke bilik bila disuruh Rania. Farish cuba hubungi Syaf tapi gagal.jeng..jeng...
Farish sampai dirumah Raimy dan mula bertanyakan tentang Syaf pada Raimy.Raimy cuba mengelak.
Rania naik ke atas cuba mencari Firash malangnya apa yang dilihat apa mengejutkan.Farish mula hilang pertimbangan bila melihat keadaan Syaf dan Firash.Konflik pun bermula.
Syaf cuba memujuk Farish. Farish yang kecewa akhirnya memutuskan pertunangan mereka.Firash yang bengang mahu membuat perhitungan.













 

No comments: