Monday, July 9, 2012

Anakku Pintar

Menurut Fadzilah Kamsah
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara
kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu
menanam tekad membentuk masa depan anak”

Fadzilah Kamsah – Pakar motivasiMari kita cuba aplikasikan petua2 dan tips2 berikut.




Petua atau tip untuk ibu bapa

* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah
al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu
al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat
al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.


* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan
dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.


* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan
kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk
membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.


* Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

  1. Sebelum anak tidur.
  2. Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
  3. Selepas anak bangun tidur.
  4. Selepas anak mandi.
  5. Selepas anak solat.
  6. Selepas anak membaca al-Quran.
  7. Selepas anak berdoa.
  8. Selepas anak beriadah.
  9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
  • Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
  • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau
    wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
  • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki
    ‘Arasy yang agung.”


Ibu bapa digalakkan untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan
lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.


5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Amalkan pemakanan ilmuwan Islam

1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2. Kismis –
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3. Susu segar -
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4. Telur –
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. Halia -
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6. Buah Delima –
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 4

1 comment:

ElisyaEliya EcaEya said...

salam,nice blog...dah follow blog ni..

sila follow blog anak kembar kami yg pintar dan comel ni...

:)