Doa & zikir untuk menambahkan susu:
1. Ya
Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku
untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku
agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
2. Ya
Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan
rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu
yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin
3. Surah Al-Baqarah ayat 60.
Dan
(ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,
maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun
memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air
sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui
tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan
minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan
bencana kerosakan di muka bumi".
Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak
dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak
tersayang....amin
4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
6. Surah Yasin ayat 72-73
7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam
Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Lagi banyak kita berdoa, lagi Allah suka mendengarnya.
Allah suka pada hamba-NYA yang merayu2.
Mintalah dgn Allah, sbb hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.
Insyallah :)
dipetik dari :- http://sereniety.blogspot.com/2011/08/doa-zikir-amalan-perbanyakkan-susu-ibu.html
No comments:
Post a Comment