Monday, May 11, 2015

Hati perempuan Episod 26

Yuhanis berkejar ke tepi sungai bagaikan orang gila. Tg. Zaril memang tergelincir tetapi sempat diselamatkan oleh abang-abang Yuhanis. Yuhanis naik angin lalu marahkan Tg. Zaril depan keluarganya. “Kenapa awak ni degil sangat? Awak ingat awak tu hebat sangat?” Kemarahan itu mengejutkan semua. Umar selamat bernikah, tetapi dia malu untuk bersanding walaupun keluarganya mendesak. Yuhanis menerima satu sampul surat gambar-gambar mesra Tg. Zaril dan Tg. Amalin. Dia sakit hati dan keluar mencari Tg. Amalin. Perkara sama juga terjadi pada Tg. Zaril. Dia menerima gambar-gambar lama Yuhanis dan Daniel. Dia turut ke hotel Tg. Amalin kerana yakin ini angakaranya. Tg. Zaril dan Yuhanis bertemu di situ. (jeng...jeng...) Tg. Zaqif dan Edrina pula selamat dinikahkan. Namun, semasa dalam perjalanan, Tg. Zaril dapat melihat air muka layu Yuhanis. Mereka berhenti di satu taman dan ketika itulah dengan lantang Tg. Zaril bertanya, “Sekarang ni cakap, apa awak nak tanya pada saya. Saya akan cerita semuanya”.

#HatiPerempuan @tv3malaysia @tontonMY #Akasia Memahami hatimu lebih SUKAR dari memilikimu #TengkuZaril #Yuhanis #Bestcouple2015 #Bahagia

Posted by Creative Skill Solution on Tuesday, May 12, 2015

Tahap kesabaran KuRil tercabar. ...#HatiPerempuan @tv3malaysia @tontonMY #Akasia Memahami hatimu lebih SUKAR dari memilikimu #TengkuZaril #Yuhanis #Bestcouple2015

Posted by Creative Skill Solution on Tuesday, May 12, 2015

No comments: