Tuesday, May 5, 2015

Hati Perempuan eps 23

Yuhanis sudah tamat tempoh berpantangnya. Tidak lama lagi, dia akan memulakan tugasnya di Paradiscar. Namun, dia resah kerana tiada pengalaman sebagai peneraju utama sebuah organisasi. Tapi, Tg. Zaril memberikan keyakinan padanya untuk yakin pada diri sendiri. Tiada siapa yang tahu Tg. Amalin sudah pulang ke Malaysia. Dia sibuk mencari informasi terkini tentang Tg. Zaril dan Yuhanis. Dia juga dapat tahu bahawa Yuhanis kini telahpun menerajui Paradiscar. Pembantu rumah Tg. Zaril mengadukan padanya, dia merasakan seperti diperhatikan setiap kali membawa Tg. Aryan bersiar-siar di luar. Dia tidak berani untuk mengadukan hal tersebut pada Tg. Durahtul dan Yuhanis kerana tak mahu mereka bimbang. Tg. Zaril meminta pembantu rumahnya itu merahsiakan perkara itu, walhal Tg. Durahtul seperti dapat mengagak sesuatu yang tidak elok sedang berlaku. Suatu hari, Syed Amar terlihat Tg. Amalin sedang ‘berurusan’ dengan seseorang dan berasa tidak senang hati. Lalu, dia mengadukan perkara tersebut pada Tg. Zaril yang sudah tentunya mengejutkan Tg. Zaril. Suatu hari, tanpa diduga, Tg. Amalin datang sendiri ke pejabat Paradiscar untuk ketemu Yuhanis. Tetapi, kemunculannya disedari Tg. Zarul lalu menghubungi Tg. Zaril untuk tindakan selanjutnya. Yuhanis pula terkejut melihat Tg. Amalin kerana dia tidak sangka Tg. Amalin sedang berdiri dengan senyum sinis di hadapannya kini setelah fitnah dilakukannya sebelum ini.

Scene menarik Ep23 #HatiPerempuanhttp://kepalabergetar2u.blogspot.com/2015/05/scene-menarik-episod-23-hati-perempuan.html

Posted by Kepala Bergetar on Wednesday, May 6, 2015

[PROMO] Episod 23 hari ini..''Ada org tukan dia tak malu, dia nak masuk meminang kita'' <3Sweet family #TengkuZaril #Yuhanis #TengkuAryanZiqri#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Wednesday, May 6, 2015

''Kat rumah biasanya Syg pandang muka Ian je.Muka Abg tak pandang pun''''Takkan dgn anak sendiri nak jeles'' :D#HatiPerempuan

Posted by Hati Perempuan - Slot Akasia TV3 on Saturday, May 9, 2015

No comments: