Wednesday, January 30, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 5

Datin Adibah terus mendesak agar keluarga Ersalina menerima pinangannya. Ersalina pula kecewa dengan Ikram yang terus menyepi. Kerana terlalu kecewa Erslina menerima pinangan Datin Adibah. Badri dan Zakwan terus membantah cadangan Haliza kerana Ersalina masih terlalu muda. Namun, Haliza tetap dengan keputusannya dan memberi alasan untuk membantu Datin Adibah yang dalam kesusahan.Ayah dan abang Ersalina terkejut dengan keputusan Ersalina untuk berkahwin dengan Zain. Dihari pernikahan Ersalina resah dan takut menerima lelaki asing sebagai suami. Ersalina terkejut bila Zakwan ceritakan dia bertemu dengan Zain. Tapi mahu ditanya lanjut tentang bakal suaminya, takut dikatakan gatal pula. Ersalina bertanya tentang hubungan Zakwan dengan Doktor Suria. Zakwan kelihatan muram dan menjawab tiada jodoh antara mereka.

 Mama pujuk L terima lamaran Datin utk jadi isteri Zain Hakimi
 
Hady mengusik Zain pasal jodoh baru zain- Ersalina Imani
 
Keluarga L berbincang pasal pinangan Datin untuk Zain Hakimi. Iqwan mcm x setuju adiknya dinikahkan secara mengejut dan mcm terpaksa.

 
Iqwan jumpa Dr Suria dapatkan kepastian kenapa keputusan Mama nk kahwinkan L tergesa2.

 
Inilah saat pertama L dan Zain Hakimi bertentang mata dan berjumpa secara face to face secara tidak sengaja dan membuat Zain terkedu.
 
Zain angau teringatkan Ersalina...yg akan jadi isterinya nanti...heheheh

 
Ikwan jumpa Zain untuk kenalpasti siapa lelaki yg akan menikahi adik kesayangan. LULUS utk jadi suami adik kesayangannya...Cuak Zain ...hahahah
 
 
Zain terkedu apabila melihat wajah isterinya ...Itulah wanita yg Zain terserempak yg buat dia angau...gembiranya Zain bila lihat wanita yang dinikahinya. 

No comments: