Wednesday, January 30, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 8

Episod 8
Perasaan cemburu mula hadir dalam diri Zain. Zain berterima kasih pada Mummy kerana menjodohkannya dengan Ersalina. Zain bertanya pada ibu mertuanya bagaimana mahu mengambail hati wanita untuk makan malam istimewa. Zain juga membuat kejutan pada Ersalina dengan membuat kek kegemarannya. Hadi pula cuba mempengaruhi Ersalina mengatakan Zain berkahwin dengannya hanya sekadar mengikut kata mummynya sahaja. Mama Ersalina pula mengesyaki sesuatu yang pelik pada suaminya yang kerap pergi outstation hingga dirinya stress.Datin Adibah pula bersemangat memberi tunjuk ajar pada Ersalina bila Ersalina ingin belajar memasak. Zain mula menunjukkan rasa cemburu dan berkira-kira ingin meluahkan perasaannya pada Ersalina

Mummy Zain beli banyak barangan bayi. Terpaksa L dan Zain menyimpannya. Zain cuba nak goda El tapi kena tampar sebijik..haha



Hadi menasihatkan Zain supaya tidak menyentuh El jika ada niat nak bercerai. 
Zain menolak cadangan Hadi. Hadi ni sukakan El ke?



El pula minta nasihat Zehra utk goda Zain. Bukan main lagi El dress up.Namun, Zain balik lambat.sampai tertido El tunggu.

Zain: nak pergi mana sampai pakai gincu bagai. Tunggu BF
El: Tunggu suami
Zain: Jauh pergi( Lama tido la tu)
El: Transit kat Bangkok
(suka dailog diorang..hehe)




El sungguh-sungguh nak pikat hati Zain. Sampai belajar masak kat rumah Mummy Zain.Kagum Zain bila masakan El sedap buat kali pertama.Zain dah berbunga-bunga cinta. Namun, Hadi mengingatkan Zain supaya jangan lupakan Sofia(dia tak percaya perempuan macam El)
eh, Hadi tahu ke rahsia El?
pagi-pagi lagi Zain dah masak(nak lawan El la tu)
Wow..Zain masak kek sempena ulantahun perkahwinan ke 30 hari...
Tapi rasanya masin, pahit.haha



 Zain dan El meluangkan masa bersama-sama. 
Muka abang sebijik macam ET
Muka macam ET suami siapa
Suami pretty zinta.perasan ye El.
Zain ternampak El berborak dengan Hadi. Hadi cuba menghasut El.
tak suka betul dgn Hadi nie

El mengadu kat Mama, yang Zain banyak songeh.Mama gembira bila adik bahagia(dalam hati El-kami berlakon je Ma,)Papa dan Zakwan tak percaya yang adik bahagia.
Zain jeles lagi.El kena marah lagi dengan Zain.


nak tergelak bila Zain jeles dengan mamat Korea- Lee Min Ho
siapa mamat cina tu,kat mana dia tinggal,abang tak suka el contact dia lagi..
Haloo,Zain, Lee Min Ho tak kenal pun El...haha
Zain beritahu Hadi yang dia akan berterus-terang dgn El. Hadi jadi tukang hasut lagi.ish..betul ke dia takde lover?
Zain serba salah. El risau yang Zain akan menceraikannya.

No comments: