Friday, January 25, 2013

Swimming

Mama dan kwn2 opis ada hobi baru swimming. kami sepakat nk belajar berenang ..huhuhu...mama memang x pandai swimming...kami gie swimming masa rehat pukul 12.30 tengahari - 2.30 petang kat kolam renang uitm shah alam. Dewasa 10 jam =RM 150.00. Mula2 setakat nk ramaikan geng opis nk belajar berenang...sekali dh pandai berenang ..dh syok plak...hehehee..


Bukan mudah nk belajar berenang tapi kalau kita nekad insyallah ..boleh ...heheheh..kena hilangkan rase fobia bagai ...kene relax je masa swimming nie dan focus...antara yg diajar dlm class nie yg maam ceduk blog diorang adalah :-

::: Kelas Renang :::
OBJEKTIF
• Memberi keyakinan kepada para peserta apabila berada di dalam air (‘water confidence’)

• Memberi pendedahan kepada para peserta:-
~Teknik pernafasan ketika di dalam air
~Teknik asas berenang dalam air (‘frog kick’/ ‘breaststroke style’/ kuak dada)
~Teknik apungan dalam air

OUTPUT (sasaran selepas tamat sesi 10 jam)
• Peserta lebih yakin apabila berada di dalam air dengan teknik pernafasan yang betul.

• Peserta dapat memberanikan diri, tidak berasa panik apabila terjatuh ke dalam air yang dalam.

• Peserta 6-8 tahun:-
~Berasa lebih yakin apabila berada di tempat air yang lebih dalam.
~Dapat mempelajari teknik asas ‘frog kick’.

• Peserta 9 tahun ke atas:-
~Peserta dapat berenang gaya ‘frog kick’/ ‘breaststroke’ /kuak dada).
~Peserta tidak berasa panik apabila terjatuh ke dalam air dalam dan dapat berenang ke kawasan selamat.

Meh la join swimming ..seronok...walaupun tunggang langgan la stepnya..


Kalau orang awam nk masuk bayar rm 2.00 je...Lelaki dan Wanita Asing-asing waktunya...dan ia kolam tertutup

No comments: