Friday, February 1, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 12

Episod 12
Kemarahan Zain masih membara. Carian dan cemuhan dari Zain sudah menjadi makanan harian Ersalina bila Zain dirumah. Tangisan dan airmata menjadi teman setia Ersalina. Ersalina menghubungi kawan baiknya Zehra dan menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya. Zehra marah dan memberitahu bahawa abang perlu bertanggungjawab pada Ersalina. Tetapi Ersalina merayu demi perkahwinannya dengan Zain. Zain yang banyak menghabiskan masa dirumah Hady. Hady berpura-pura memujuk Zain agar berbaik - baik dengan Ersalina. Mama Ersalina terlalu bimbangkan Ersalina hingga mengganggu kesihatannya ditambah pula Abah Ersalina kian berubah. 


El mengaku yang dia terlanjur pada Zehra( girls, jaga diri ok,jangan mudah terpedaya kerana cinta)
El nak Zehra beri sokongan pada dia. 









Hadi cuba bantu Zain selesaikan masalah. Zain mula rasa simpati pada El. Namun di depan Zain tak dapat menahan sakit hatinya..
Mama risau akan El. Zaqwan cuba tenangkan Mama.

Zain terus menghina El.Zaqwan masih menyalahkan Zain..
Zain suruh El makan ubat. El gembira kerana Zain masih ambik berat. 

Tapi Zain cuba menutupinya dengan kata-kata yang dia nak El hidup supaya dia dapat balas perbuatan El terhadapnya.yeke?
Mama nak datang rumah.El minta kebenaran dari Zain. Zain beri warning pada El supaya tak mengadu pada Mama hal mereka. oo dia mengadu kat Hadi takpe!

Mama tahu El tersiksa dengan sikap Zain.El terima seadanya kerana dia merasakan inilah balasan terhadap kesilapannya.

El akhinya membuka pekungnya. Dia sendiri yang rela tanpa paksaan.
Hadi gembira bila Zain sudah mula membenci El.Siap hanta mesej kat El lagi.(selalu dalam drama Melayu,perempuan je yang buat macam ni,kali ini twist pulak)

Zain berjumpa dengan Hadi lagi.Dia mula tension dengan keadaan sekarang.Hadi ni kejap sokong Zain dengan El,kejap tak.
Mama gembira Zaqwan menyokongnya. Nasib baik ader Wan,kalau tak gila Mama jadinya.Papa El ntah ke mana,sibuk dgn keje je.Mama El nak El balik ke rumah mereka.Zaqwan menjengah ke rumah El utk ajak El balik ke rumah.Namun Wan dapat rasakan El pelik semacam je.
(Rumah diorang-rumah yang sama dengan  rumah Ain dalam drama Adam dan Hawa..tengok tirai pun dah kenal.hihi

Zain tak benarkan El balik ke rumah Mama.Zain masih lagi menghina El dengan kata-kata sinis dan pedih.




*sedihnya episod nie....

No comments: