Friday, February 1, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 11


Episod 11
Zain terlalu kecewa dan melepaskan marahnya pada Ersalina. Ersalina kecewa bila mamanya menyembunyikan rahsia yang dia mengandung. Mama Ersalina cuba merayu pada Zain agar menerima Ersalina seadanya. Ersalina malu untuk berdepan dengan suaminya Zain dalam keadaan ini. Ersalina terus bersedih dan meratapi nasib dirinya. Hadi pula umpama main tarik tali. Dia cuba memujuk Zain supaya tidak marah- marah dan dia juga memasang niat jika Zain melepaskan Ersalina Hadi sanggup menggantikan tempat Zain. Zain mengambil keputusan membawa Ersalina balik kerumah mereka. Walau pun dibantah oleh kedua orang tuanya. Zain memberi alasan untuk berlajar menjaga Ersalina dalam pantang tapi sebenarnya Zain hanya ingin menyakiti dan memarahi Ersalina . 




 
El tak boleh terima. mama cuba tenangkan el.
Mama hampir pengsan memikirkan El. Zain dah mula membenci El. El tak habis-habis meminta maaf pada Zain. El mohon peluang pada Zain,namun Zain tak dapat terima El lagi. Zaqwan dan Papa masih tak tahu lagi pasal El. Walaupun begitu marah pada El, Zain masih berlakon depan ibubapa dan keluarga mertuanya

Sedih je bila Mama ucap kata-kata ni.



Tiada insan  suci tanpa dosa masa lalu
Tiada insan yg berdosa gelap masa depannya

Ibu mana yang sanggup lihat penderitaan anaknya.
Dr. Suria cuba memberi motivasi pada El. Zaqwan cuba mengetahui apa yang berlaku.
Mama juga tertekan hingga menyalahkan diri sendiri  kerana tak mendidik El dgn baik hingga terlanjur.
 



Sian kat Mama, El yang buat,mama yang risau. Dr Suria menenangkan Mama.Mungkin El dipaksa atau dirogol. Satu kesimpulan yang terfikir oleh Mama.(rela@paksa-hanya El yang tahu)
Zain serabut fikirkan tentang dia dan El).
Depan Mama bukan main lagi  Zain berlakon.
El menerima segala cacian,cercaan Zain kerana dia tahu itu adalah salahnya. 
El cuba nak buat breakfast utk Zain,tapi tak larat dan masih pening.Kena perli lagi dengan Zain.
Ha,naper?pening?Ada isi lagi tu.Pedih El mendengarnya
El tetap bersabar.
Zain juga masih tak dapat terima kerana dia terlalu mencintai El.Sakit hatinya lebih dari cintanya. Zain keliru
El masih berusaha utk memohon ampun dari Zain. Namun Zain memberi tamparan berbisa. 
Betul kata Zain,yang El perlu mohon ampun dari Allah, kerana dia telah menipu dirinya dan keluarganya.
El terus menangisi nasibnya. Zain masih buntu.
Hadi bagi cadangan baik punyer. Kalau kau taknakLepaskan dengan cara baik.(Hadi suka la tu). Zain bagitau kat Hadi,aku takkan sesekali lepaskan dia.

 

Lagu Setia Hujung Nyawa Full Version


sing by Fiq feat Gjie feat Mell

Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa melupakan salahmu
resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan kau pergi
jauh dari ku lagi
Sesungguhnya cinta kita
SETIA KE HUJUNG NYAWA

Bila tersedar
betapa tulus cintamu
biar apa pun yang menghalangnya
takkan pernah pisah dari diriku
menjaga cintamu

Tuhan tolonglah aku
 aku satukan aku dengan dirinya
selamanya

Maafkan aku,
melukakanmu

Cinta jangan kau pergi
jauh dari ku lagi
Sesungguhnya cinta kita
SETIA KE HUJUNG NYAWA

Cinta ku tetap di sini
tak pernah jauh darimu 

No comments: