Friday, February 1, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 15

Episod 15
Eriza mula kecewa bila dengan sikap Zain yang tak mengendahkan dirinya. Datin Adibah datang buat kejutan kerumah untuk mengucapkan tahniah pada Ersalina. Malanagnya Mummy Zain dapat menghidu rumah tangga anaknya tidak bahagia. Datin Adibah Memberi cadangan pada Zain dan Ersalina pergi Honeymoon untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang. Dalam terpaksa Zain terpaksa bersetuju demi menjaga hati mummynya. Ikram yag sering datang menggangu Ersalina membuatkan Ersalina tak senang duduk. Ersalina terus merayu agar Ikram jangan datang dan mengganggu dirinya lagi kerana Ersalina telah berkahwin. Hadi mengambil peluang untuk menghasut Ersalina supaya tinggalkan Zain jika Zain berterusan memberi layanan buruk pada diri Ersalina.

Hadi dan Zain makan malam. Bila Zain terdengar jari El terpotong masa potong sayur,terus termuntah Zain..
yela dia kan pembersih orangnya.



Ikram masih datang ke rumah El untuk mohon maaf.Nasib baik timing baik. Zain tak jumpa Ikram,El pura-pura ambik surat.
Tetiba je Mummy dan Papa Zain datang rumah,terkejut Zain.Boleh pulak Zain minta Mummy tunggu kat dalam kereta.Nyaris-nyaris terkantoi.El terkejut sampai tertampar Zain.haha.
 



Depan Mummy dan Papa.El dan Zain pura-pura jadi pasangan romantik.Mummy yang tinggal bilik El,syak yang El dan Zain tidak tidur sebilik,disebabkan banyak barang El ada di bilik tu.

Buat pertama kali, Zain meluahkan perasaan kecewanya pada El. Papa mencadangkan untuk Zain dan El untuk pergi honeymoon. Zain menolak.Mummy cuba memujuk Zain agar menerima El seadanya dan Hady mencadangkan untuk diorang pergi honeymoon ke luar negara dan sekali lagi Hady dengan cadangan BERNASnya supaya Zain melepaskan El.
Ikram masih cuba memujuk El. El ketakutan,nyaris Mummy tak syak apa-apa.

Idea bernas Hady pada Zain - gunakan Eriza utk buat El cemburu,pandai sangat la Hady ni.

Ikram datang ke rumah. Hady pulak ternampak,pastu buat cerita kat Zain.Apa lagi mengamuk la Zain. Yang Hady pulak siap ambik video El kena torture dengan Zain. 

No comments: