Monday, February 4, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 19

Episod 19
Hady sengaja mendekatkan diri dengan Ersalina. Zain pula seakan perasan yang Ersalina kini tak melawan hanya menurut apa saja. Ikram pula sudah berani datang rumah bila Zain pergi kerja. Hady yang selalu memerhatikan gerak geri Ersalina ternampak Ikram berjumpa Ersalina Dirumah. Hary juga menghasut agar Zain lebih menyakiti hati Ersalina agar Ersalina akan membenci Zain. Eriza juga mengambil peluang untuk rapat dengan Datin Adibah sebagai mengambil hati Mummy Zain.
 


    
Ikram dan El berjumpa di taman. Tetiba Hady pun berjanji dengan Zain di taman yang sama.


Hadi cuba bagitau sesuatu pada El. El cuba mengelak. Ikram dan Hady bertembung.Mujur El takde.
Hady cuba batu api lagi. Tambah tambah cerita. Cerita pasal eriza nak buat El cemburu. Kat Zain dia cakap lain,pada El dia cakap lain
 
Eriza pulak masih tak berputus asa nak curi hati Zain.
Zain pelik bila El kebal dengan hinaannya.. Zain mula risau bila Hady syak yang El suka bila Zain ada perempuan lain. Ini bermakna El betul-betul mahu bercerai. Runsing Zain dibuatnya. Dia cuma main-main untuk buat El cemburu.

El jadi panik bila Ikram berada di pintu belakang,sedangkan Hady berada juga berada di kawasan rumah El dan Zain.Hady mula mengintip siapa yang El jumpa.Oh tidak, Hady nampak Ikram.

Mummy asyik bercerita pasal Eriza. Meluat Zain mendengarnya.
El dan Ikram keluar shopping. El terserempak pula dengan Dr Suria. Sekali lagi nasib baik sebab Dr Suria tak nampak Ikram.Tetiba El jadi marah bila Ikram puji Dr Suria. El masih ada hati lagi pada Ikram??

Hady hasut Zain utk jadi lebih kejam. Buat El lebih sakit hati, lebih cemburu.Eriza dan Hady gembira bila rancangan mereka berjalan lancar bila Datin Adibah mempercayai mereka.


No comments: