Thursday, February 7, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa Episod 28 (Akhir)






 
Zain dan El cuba jumpa senyap2 di resort. Mummy tak sangka Eriza suka clubbing. Baru tahu bakal menantu pilihan dia macam mana..
Hampir luruh jantung Zain bila El hampir jatuh.Zain ni memang nak kena.

 

 
 
Zain terlihat kelibat Ekin-kekasih lamanya dulu. Yang jugak gadis yang dinodai dulu.Zain bertanya adakah suami Ekin menerimanya.Ekin menjawab - ya dia terima dengan baik,walaupun isterinya pernah dinodai.Zain memohon maaf pada Ekin. Mummy terdengar perbualan Zain dan Ekin. Mummy pengsan.

 Mummy bertanyakan hal sebenar antara Zain dan Ekin.Zain mengakui kesilapannya. Mummy terkesima. Tak sangka anak yang disangka suci dan bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk itu. Sukar utk mempercayainya,



Hadi call Eriza,kata sakit tenat.Eriza gi jumpa Hadi.Kata nak bertanggungjawab. Eriza tahu ni semua plan Hadi nak bekerja di syarikat Eriza.Hampeh,konon insaf rupanya berlakon je.

Datin Adibah memohon maaf pada Haliza.Dia menceritakan tentang rancangan yang menemukan Zain dan Eriza hingga apa yang berlaku kini.Namun tidak diceritakan tentang kisah silam Zain dengan Ekin pada Haliza, Ersalina mahupun suaminya. Kini fahamlah dia bagaimana perasaan yang dialami Haliza yang menyimpan rahsia El pada suaminya.
Bertahun-tahun Zain menyimpan rahsia,diketahui juga olehnya.Gerak hati ibu membuatkannya tahu tentang rahsia itu.
Biarlah El tidak mengetahui agar kasih sayang El dan Zain terus mekar selamanya.

 


Ikram berjumpa dengan Zain untuk serahkan bukti plan Hady.Zain terkejut. Ikram mohon kebenaran utk jumpa El. Ikram berjumpa dengan El dan beri hadiah terakhir kepada El.El sedih. Ikram kata- dia mahu ke Gaza.berjihad

Hady datang kerumah Datin.Konon nak beri bukti. Tapi bila Hady tunjukkan bukti, Zain keluar tunjukkan bukti yang Ikram beri padanya. Datin terkejut. Hady cuba menafikan. Namun Datin tak percaya.
Hady cuba balas dendam dengan melanggar Eriza.Mujur takde apa-apa.Kelakar masa ini,bila Zain kata dia tak buat apa2.
 
So sweet Zain mcm Min Hoo...



 


Candle Light Dinner Zain Hakimi bersama isteri tercinta Ersalina Imani

Zain berjanji pada Ersalina yang dia akan setia disisi isterinya. Menjadi Bapa yang hebat pada anaknya yang bakal lahir dan suami yang unggul pada Ersalina Imani. Cintanya hingga ke hujung nyawa.
Happy ending..



No comments: